Friday 15 February 2013

My train ride - Part 8

Salam..hi all...

Bad start earlier today. I can’t find a parking spot at the train station. Not even 1 available! Goodness me! Train service is getting popular I suppose. So, I’ve got no choice but to drive…arrghh…hate it!

I received a bunch of messages via FB inbox requesting me to write in Bahasa, a story about men in general (want me to whack the male species) :-) , a story on marriage ...
and relationship…wow…can’t believe I’m getting personal request now…

So, today for a change I’m gonna write in Bahasa and the topic is:-

Salah kah seorang lelaki itu beristeri lebih dari satu?

Satu topic yang tidak digemari oleh kaum hawa. Kerana berkongsi kasih adalah sesuatu yang pasti nya susah diterima akal dan hati. Walau pun di dalam agama mengizinkan seseorang lelaki itu beristeri empat, namun syarat2 nya yang selalu nya kaum adam lupa iaitu mampu secara zahir dan batin dan berlaku adil kepada si isteri2…Batin? Rasanya tak ada masalah untuk menunai kan kewajipan/tanggungjawab yang satu itu :-) Zahir? Berbalik kepada kemampuan seseorang lelaki itu dari segi kewangan dan kebendaan/’material’. Adil? Hal ini lah yang selalu di bahas kan.
Boleh kah atau mampu kah seorang lelaki berlaku adil pada isteri2 nya?

Nabi Muhammad selalu di gunakan sebagai contoh oleh kaum adam yang terdesak untuk mempunyai isteri lebih dari satu. Konon nya, kalau Nabi boleh, saya pun boleh. Kalau Nabi mampu, saya pun mampu. Tapi perlu di ingat, calon isteri yang dipilih oleh Nabi bukan nya perempuan muda yang berumur awal 20! Tapi, ibu2 tunggal yang kematian suami yang berperang bersama Nabi menentang musuh Islam. Di ambil Nabi sebagai isteri atas dasar kasihan/peri-kemanusian kerana kematian suami dan balu2 ini perlu perlindungan.

Jadi, apa alasan seorang lelaki di zaman sekarang ini perlu mempunyai isteri lebih dari satu? Adakah kerana nafsu serakah? Adil kah hal ini hanya dipersalahkan kepada kaum adam sahaja? Di manakah silap/salah nya seorang isteri hinggakan seorang suami perlu mencari perempuan lain sebagai isteri kedua?

Renung-renung kan…hal ini berbalik kepada setiap individu yang pasti mempunyai alasan dan sebab tersendiri yang pasti nya berbeza.

Hakikat nya…dunia sudah semakin dekat dengan akhir zaman. Jumlah kaum hawa sudah lebih berlipat ganda dari kaum adam. Di Malaysia sahaja dari apa yang saya di beritahu, skala / ‘ratio’ antara perempuan dan lelaki ialah 9 perempuan - 1 lelaki. Manakala di Indonesia lebih parah lagi, 19 perempuan - 1 lelaki.

Mungkin kah kerana jumlah perempuan sudah melebihi lelaki dan maka nya agama mengizinkan seseorang lelaki itu memiliki isteri lebih dari satu?

Daripada berzina lebih baik di halalkan di mata Allah/agama. Setuju?

Wallahulam…

Posted on FB Feb 5th, 2013

Like: 12

Comments: 46

FB inbox: 27

No comments: