Wednesday, 17 April 2013

Siapa yang harus dipersalahkan?


Salam…

Tok Selampit rasa terpanggil untuk menulis dan meluah kan pendapat setelah membaca beberapa laporan di akhbar cetak dan juga di media media elektronik.

Dan apabila saya berulang kali menonton video yang di’upload’ di laman social; rasa sedih, kecewa, marah, kesian dan juga kelu lidah tak terkata. Siapa yang salah dalam hal ini? Kenapa mereka menjadi begitu ganas dan buas tahap melampau?

Gambar hiasan
Kes kes buli di sekolah dan juga di asrama penuh sudah banyak kita dengar dan terbaca didalam akhbar. Kes yang terbaru di Pulau Pinang sangat mengejut kan semua pihak. Kalau kita tonton dan kaji selidik video yang di pertonton kan; yang membuli seperti sudah hilang ingatan, hilang pertimbangan, amarah yang tidak boleh di kawal dan seperti di rasuk syaitan. Perasaan dendam si pembuli pada mangsa buli yang sudah mencecah tahap gaban mendorong si pembuli bertindak begitu ganas sekali.

Si mangsa buli pula mungkin pada waktu kejadian beliau berada dalam ketakutan sehingga kan tidak berani mempertahan kan diri atau melawan. Bertubi-tubi tumbukan dan tendangan yang diterima nya malah dia tetap teguh berdiri. Si mangsa tidak rebah! Hebat sebenar nya si anak kecil ini.
Persoalan nya sekarang; siapa yang salah dalam hal ini? Si pembuli? Si mangsa? Ibubapa? Pendidik? TV? Cerita-cerita ganas di panggung wayang? Permainan video? Internet?

Secara umum nya; masyarakat akan menyalah kan pemerintah/kerajaan kerana tidak berjaya mengawal selia kemasukan filem filem ganas di TV dan di panggung wayang. Masyarakat juga secara umum nya akan mengambil jalan mudah dengan menyalah kan orang lain.

Cuba kita berhenti sejenak dan kita halusi apa sebenar nya punca atau ‘root cause of the problem’ sehingga kan anak anak ini bertindak liar.

Pernah suatu ketika saya terbaca satu artikel yang di tulis oleh pakar sikologi dari universiti tempatan . Sayang nya saya tidak ingat nama penulis artikel itu. Didalam artikel tersebut, beliau dengan tegas nya mengatakan bahawa masalah anak anak liar/ganas ini bermula atau berawal dari rumah.

Faktor-faktor berikut adalah diantara penyebab anak anak liar ini cenderung kepada keganasan:-

1.   Ibubapa kurang memberi perhatian kepada anak anak
2.   Pengunaan internet yang tidak di pantau oleh ibubapa
3.   Menonton filem filem di TV atau di panggung wayang yang tidak dipantau oleh ibubapa
4.   Ibubapa yang tidak menghirau kan pendidikan agama pada anak anak
5.   Pergaulan bebas yang tidak di pantau oleh ibubapa
6.   Permainan video yang tidak di pantau oleh ibubapa khusus nya yang berunsur ganas

Huraian nya:-

1. Ibubapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya dan mengejar kekayaan dunia sering terlupa dengan tanggungjawab mereka untuk memberi perhatian kepada anak anak. Pembelajaran mereka, pencapaian akademik anak anak tidak di peduli kan. Anak anak akan rasa tersisih dan tidak ada ‘sense of belonging’ di rumah. Kurang berinteraksi bersama ibubapa membuat kan mereka mencari perhatian di luar. Dan pada umur yang sebegitu muda, mereka mudah dipengaruh oleh orang lain dengan cara pemikiran yang tidak sihat. Kalau di sekolah pula, kita boleh melihat perbezaan perhatian yang di beri kan oleh guru-guru pada anak murid. Yang pandai, yang baik dan yang mendengar kata akan di beri perhatian yang lebih. Anak anak murid yang nakal ini akan rasa lebih tersisih kerana gagal mendapat perhatian di rumah dan juga di sekolah. Perasaan dendam mula menular didalam diri. Dendam kepada murid murid yang lain yang lebih menonjol/menyerlah didalam kelas. Maka nya mereka mula bertindak dengan ganas. Mereka menjadi 'rebelious'...memberontak.

2. Di alam siber pada zaman ini, terlalu banyak laman web yang boleh merosakkan pemikiran anak anak yang boleh di ‘access’ tanpa kawalan. Majoriti ibubapa yang sibuk dengan kehidupan; mereka akan gagal memantau aktiviti anak anak dalam pengunaan internet. Ini akan menjurus anak anak melayari laman web yang terlarang.

3. Satu kesedaran telah ujud beberapa tahun yang lalu untuk mengawal selia filem filem yang di pertonton kan di panggung-panggung wayang. Filem filem luar di pecah kan didalam beberapa kategori; UMUM, 13 tahun keatas, 18 tahun keatas. Tetapi yang pasti nya, filem filem yang dikawal di panggung-panggung masih boleh didapati di internet yang dimuat turun/ ‘download’ secara berleluasa. Dalam hal ini, ianya berbalik kepada perkara diatas yang saya sebut kan tadi; pemantauan pengunaan internet oleh anak anak. Walau pun pihak berkuasa mengawal kemasukan penonton di panggung-panggung wayang, anak anak masih  boleh menonton filem filem ganas tersebut melalui internet.

4. Pendidikan agama adalah sangat penting buat anak anak. ‘The very basic’ harus nya bermula di rumah. Kalau untuk orang orang yang beragama Islam, anak anak harus dididik untuk mengaji Quran, sembahyang berjemaah di rumah. Nilai nilai murni Islam harus di titikberat kan. Ini antara dua cara mendidik yang sangat ‘basic’. Selain dari itu, ibubapa perlu mempengaruhi anak anak untuk bersama-sama menonton program TV yang berunsur kan keagamaan. Tapi yang pasti; kebanyankan ibubapa menyerah kan tugas tugas ini kepada Ustaz/Ustazah di sekolah. Majoriti ibubapa terlalu bersandar kan khidmat pendidik di sekolah untuk medidik anak anak dalam hal hal agama yang sangat ‘basic’ ini.

5.  Disebabkan ibubapa jarang berada di rumah untuk berinteraksi, pergaulan anak anak sudah tidak dikawal atau terkawal. Anak anak akan bergaul dengan bebas sehingga kan kebanyakan ibubapa tidak tahu keberadaan anak anak mereka khusus nya pada waktu ibubapa sibuk di pejabat.

6.  Banyak permainan video; ‘console’ atau ‘mobile’ yang dengan mudah nya di perolehi dimana saja. Apatah lagi di internet. Permainan video yang berunsur kan keganasan boleh mempengaruhi pemikiran anak anak muda untuk cenderung meniru segala tidak tanduk/aksi didalam permainan tersebut.

Adakah anak anak liar atau ganas ini tergolong didalam keluarga miskin atau berpendapatan sederhana? Tidak semestinya! Malah dari kajian didalam artikel yang saya sebut kan tadi, anak anak yang tergolong didalam keluarga berada akan lebih terdedah kepada gejala gejala social yang tidak terkawal ini. Ini kerana ibubapa yang mempunyai wang akan membelanjakan wang yang banyak untuk menunai kan segala permintaan anak anak mereka kerana ini adalah jalan termudah untuk mereka menganti kan waktu yang mereka tidak mampu beri kepada anak anak mereka. Mereka ‘membeli’ perhatian dan kasih sayang yang anak anak mereka tagihkan.

Kesimpulan nya; anak anak yang liar dan buas ini sebenarnya jiwa mereka tertekan. Mereka perlu dibantu dan bukan disisih. Memang, kalau kita lihat video yang dipertontonkan rasa marah kita akan menguasai pertimbangan. Tapi hakikat sebenarnya, umur semuda itu mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan dan mereka tidak tahu kesan/’repercussion” pada diri mereka sendiri. Mungkin setelah ini semua terjadi baru lah mereka mulai sedar yang tindak tanduk mereka selama ini adalah salah.

Si mangsa pula pada pendapat saya adalah mangsa keadaan. Beliau memerlukan pemerhatian yang lebih dari ibubapa dan pendidik kerana pasti nya perasaan takut akan menguasai diri. Kejadian yang akan memberi kesan berpanjangan kalau tidak di atasi dengan segera. 
  
Memang berat sebenar nya tugas sebagai ibubapa. Anak anak adalah amanah Tuhan. Tugas kita bukan sekadar memberi makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan. Nilai nilai murni dalam kehidupan perlu diterap di rumah. Semua nya berawal dari kita sebagai ibubapa.

Jalan mudah ialah kita akan menyalah kan orang lain tapi hakikat sebenar nya? Sudah kah kita melaksanakan tugas kita sebagai ibubapa dengan baik?

Cermin lah diri kita sendiri dan cari jawapan nya….

Wallahulam…
  
    

Sunday, 7 April 2013

My train ride - Part 19; A painful weekend...it was...


Salam…hi all

Ahhhhh…I’m back on the train again today. At 10am, it was pretty full with the usual sombre mood or some people call it; Monday blues…

Last Friday during the Friday prayer at a mosque near my condo, I had to endure a painful experience for almost an hour or so.

As usual, my son joined me every Friday at the mosque and we will sit at the back ‘saf’ so we can lean back onto the glass wall. I can’t sit for long due to an old injury on my left knee. So, after every 10 mins I just had to stretch my left leg to ease the pain.

Both of us performed ‘sunat tahayatul masjid’ and when I tried to stand from my ‘tahyat’ position; I felt ‘something’ snap on my left knee. “Did my left knee just pop out?!” The pain was unbelievable!!! I forced myself to continue with the ‘sunat’ prayer and the ‘tahyat akhir’ position was a killer! It was so so painful…I can't focus…there goes my effort of trying to ‘talk’ to the Almighty…

I told my son that he needs to help me to get up so we can look for a chair at the back. I was limping…badly…my son was holding my left hand and was trying hard to balance my left weight.

We got ourselves to a bench and slowly I sat down pushing all my weight to the right side of my body. Oh goodness…it felt so good to be able to sit on the bench and slowly stretching my left leg. But the stinging pain just ‘loves’ me dearly…’she’ is not going away…I thought I ‘divorce’ her long time ago…hell no…’she’ keeps coming back for more…

Another Jemaah sat next to me and he can see that I’m in pain. He offered help but I just said I’ll be fine. He is such a nice guy.

I just need to stretch my left leg for 30mins at least….I hope my prayers will be answered.

While listening to the Friday ‘khutbah’, I kept massaging my left knee. I’m worried sick. How am I going to perform the Friday prayer later? I can’t pray while sitting at the bench as the bench is way back and not in ‘saf’. “Oh dear…what am I going to do?” I don’t see any chair available. My son (his own effort) went to look around for it and he came back with a disappointment.

I do not want to walk out of the mosque. Not now…I’ll feel guilty.

Ya Allah help me please…give me strength…

‘Qamat’ was loud and clear thru the speakers at all corners of the mosque…all Jemaah moving forward trying to fill up the empty space on the front ‘saf’…and here I am trying hard to get up with the help from my son. “Give me strength…give me strength…Ya allah” chanting in my head…

Alhamdulillah…even thou it was a painful experience my son and I managed to perform Friday prayer…Honestly, it was difficult to stay focus. The stinging pain was really bugging me.

I leave it to the Almighty to decide on how many ‘brownie’ points that I’m entitle for…maybe not much or maybe none!

We walk back slowly…I was holding on to my son’s right shoulder to balance my steps.

Amazingly thru out this ordeal, my son was calm. Cool like an ice block! He didn't panic at all. He kept me busy by asking me questions so to keep me occupied. “Where did he learn all these tricks?” funny…

The last weekend was very much spent on trying to ‘fix’ my left knee. The pain stayed on until today. I’m still able to walk but very slow thou.

A painful weekend…it was…

Moral of the story: It’s a sign of an old age…the big 50 is just round the corner…LOL!


Tuesday, 2 April 2013

My train ride - Part 18


Salam...hi all

I’m back on the blog!

It’s been a crazy 2 weeks since I last upload a posting. I've been so busy with work, family issues, personal issues and at the same time trying to organize a re-union! A full plate and I almost ‘vomit blood’!

Last Thursday I took the train from Damai to Dang Wangi station – my usual route. The train was fairly empty at that time. And as I boarded the train; someone gave “salam’ to me…

Guy: Assalamualaikum

Me: Alaikummussalam

Guy: How are you sir? You still remember me?

Me: (I paused and was trying very hard to recall his face; a very young Middle Eastern guy. Who is this kid? He seems comfortable trying to start a conversation with me) I'm sorry. I really can’t recall. Have we met before?

Guy: We met about 2 months ago. You were standing next to me in the train and I was in the middle of trying to memorize Yasin. Remember?

Me: Masyallah…yes…yes…now I remember. Wow…that’s like 2 months ago huh..?

Guy: Yes…it’s been a long time…

Me: So, did you manage to memorize Yasin now?


Guy: Alhamdulillah…yes sir…Insyallah…after almost 2 months

Me: Alhamdulillah…good for you. You should be proud of yourself. I'm happy for you…

Guy: Thank you sir. What about you? Did you do it?

Me: (When we first met I did mentioned to him that I’m also trying to do the same – memorize Yasin) Alhamdulillah…I did…but it took me a longer time. Almost 3 months. 83 verses are definitely not easy to memorize but Insyallah…I finally did it...actually we both did it! (We smile…)

We disembark at the same station. And we continue chatting while walking out.

Me: So, what next? Any plans to memorize another Surah?

Guy: I’m not sure…I’m contemplating now. But very likely I’m going to try to memorize Al Baqarah…

Me: That’s 286 verses! Hmmmm….I don’t know my friend…it took me 3 months for Yasin…it’ll probably take me forever to memorize Baqarah… (We laughed…)

As we reached at the main entrance of the station; we went separate ways…we exchanged phone numbers so that we can update each other on our achievements…

Me: I’m glad that we bump into each other again. I wish you all the best on your next project. Let’s keep intouch yah..

Guy: My pleasure sir…Insyallah we meet again soon…

Me: Insyallah…

Guy: Assalamualaikum

Me: Alaikummussalam….

This is one of the reason I enjoyed the train so much. I bump into people that I’m just amazed with their talent and abilities. To memorize Yasin is not an easy feat. I’ve tried and it took me 3 months and that is by being discipline on reciting the ‘surah’ on a daily basis.

To memorize Al Baqarah? Oh my….it didn't even cross my mind at this present moment.

But I’m sure; if I put my heart on it…Insyallah (am I kidding myself….? Allah knows best...) I’m also very sure that there’s a specific proven technique or easier method on how to memorize versus from the Quran of which I’ve yet to learn.

Moral of the story: Nothing is impossible if you put your heart on whatever you want to achieve.

To Syeikh Zayeed if you are reading this; I’m glad we got to know each other. 

You inspired me…
 

    

Kerana kuasa semua tergadai


Salam...

Alhamdulillah…dengan lafaz Bismillah…Parlimen Malaysia telah pun di bubarkan dan Suruhanjaya Pilhanraya akan menetap kan tarikh PRU yang ke 13. Insyallah…


Kalau termasuk pilhanraya kali ini, Tok Selampit akan mengundi buat kali ke 6. Seronok juga sebenar nya. Kita dapat melihat gelagat para pengundi, pemancing undi, penyokong dan juga si calon parti-parti politik. Bendera part-parti politik yang berkibar sana sini. Poster-poster yang membanjiri setiap dinding- dinding kosong bangunan, kedai-kedai kopi, tiang-tiang lampu dan letrik. Gelagat para penyokong di kedai kopi atau di kedai mamak yang tidak habis habis berdebat. Ceramah sana…ceramah sini. Pendek kata, secara am nya pilhanraya ialah suatu proses demokratik yang sihat. Proses yang diserahkan ke tangan rakyat untuk menentukan siapa kah yang layak memimpin atau memerintah negara.

Yang membuatkan pilihanraya itu menjadi tidak sihat ialah apabila politik kotor dipraktik oleh para penyokong dan calon.

Kalau kita baca di suratkhabar, di laman social media, di “blog”; sedih dan hiba rasa nya…

Adakah ini pilihan anda?
Kerana apabila bermula nya demam pilihan raya; maka bermula lah siri 'difitnah memfitnah, di aib mengaib, di tipu menipu, di bohong membohong, janji manis, janji palsu’ dan banyak lagi yang secara sedar atau tidak sedar Melayu Islam iaitu si calon dan si penyokong sesama sendiri berlumba-lumba dan berusaha sedaya upaya; memalukan dan mengaibkan antara satu sama lain. 


Atau yang ini?
Sedih kerana taktik atau strategi kotor digunapakai. Sedih kerana disebabkan mengejar kuasa; nilai murni budaya, ugama dan bangsa sendiri tergadai. Seperti semua ini tidak ada nilai nya. Di buang ketepi semua nilai-nilai ini hanya untuk mendapatkan gelaran YB, untuk mendapat kuasa, mendabik dada dan konon nya akan bekerja atau berkhidmat untuk rakyat. Agenda tersembunyi seseorang calon itu; hanya Allah yang tahu.

Selalu Tok Selampit mengingatkan teman-teman dan diri sendiri; tidak salah kita menyokong tapi tidak perlu lah kita menjadi penyokong tegar atau fanatik hingga kan sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan seseorang calon. Apakah itu perlu? Tidak boleh di kata tidak?


Yang ini?
Ingat lah (Tok Selampit mengingat kan diri sendiri juga) bahawa memfitnah, mengaib dan menghina sesama manusia apatah lagi sesama Islam adalah tergolong dalam dosa-dosa besar…Tok Selampit takut dengan dosa…kerana Tok Selampit terlalu banyak dosa yang nak ditebus…


Jadi untuk menambah lagi dosa semata-mata untuk memastikan kemenangan untuk calon yang Tok Selampit suka; Tok Selampit tak sanggup….tak      sanggup nak menambah dosa….

yang ini?
Mari lah kita keluar mengundi dengan memilih menguna kan akal bukan mengunakan hati. Pilih lah calon yang kita yakin akan memberi menafaat pada rakyat.

Jangan tersalah pilih…akibat nya kita (rakyat) yang akan sengsara selama lima tahun. Akibat nya negara akan bergejolak. Akibat nya ekonomi tidak akan stabil. Akibat nya masa depan anak-anak kita akan tergugat.

Kalau tersalah pilih; yang bodoh siapa dan yang bertepuk tangan siapa?

Politik tidak kotor. Yang mengotorkan nya ialah ahli-ahli politik itu sendiri dan para penyokong yang terlalu fanatik!

Wallahualam…


***Tok Selampit mengundi di Kg Baru, KL...kampung ku... :-)






Tuesday, 19 March 2013

Orang Berbudi Kita Berbahasa


Salam…

Teringat kepada serangkap pantun yang pernah saya dengar dari mulut orang tua saya;

Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa
Jangan lah susu di balas tuba
Madu dibayar racun berbisa

Kata kata yang terungkai didalam serangkap pantun diatas sangat dalam erti nya. Termenung sejenak memikrkan apakah orang orang Melayu di zaman alaf 2000 ini masih mengunapakai adat adat Melayu seperti yang tersebut didalam pantun ini? Terutama nya dikalangan anak anak muda.

Adat dan budaya sangat lah sinonim dengan orang orang Melayu. Ada juga di kalangan orang Melayu yang mengutama kan adat lebih dari hukum. Begitu ‘extreme’ hingga kan ia nya secara sedar atau tidak sedar boleh menyimpang dari aqidah. Wallahulam…

Yang pasti; pemerhatian saya secara kasar banyak adat Melayu yang sudah ditelan zaman. Anak anak muda tidak lagi mengunakan nya kerana dianggap ketinggalan; “outdated”. Ada yang malu untuk bersalam mencium tangan orang tua. Ada juga yang malu untuk tunduk kalau nak menumpang lalu di depan orang tua. Ada yang tidak tahu beradab sebelum  makan hingga kan tidak peduli kan orang keliling terlupa untuk mempelawa orang lain. Ada yang malu untuk memimpin tangan ibu atau bapa kalau berjalan jalan di komplek. Dan banyak lagi….

Ini lah diantara nilai nilai budaya Melayu yang semakin hari semakin di lupakan.

Dalam konteks ugama pula; ada yang tidak tau atau sengaja tidak mahu memberi ‘Assalamualaikum’ bila bertandang ke rumah orang. Pengunaan “Door bell” lebih canggih/’advance’ kata nya. Ada yang menyebut 'excuse me’ bila sendawa di meja makan…’alhamdulillah’ tidak di utama kan.

Dalam konteks am pula; ada yang tidak tahu megucap kan terimakasih setelah dibantu orang lain. Orang dah berbudi, dia tidak tahu pula untuk berbahasa. Ada yang tidak peduli kan atau tidak membantu orang tua/orang buta sewaktu melintas jalan.

Tugas siapa kah untuk mendidik anak anak bangsa supaya mereka tidak melupakan nilai nilai budaya Melayu ini? Kerajaan? Guru sekolah?

Ia nya tugas kita sebagai ibubapa. Pendidikan berawal dirumah, bukan di sekolah. Kerana percaya lah; kalau seseorang anak itu bersikap kurang ajar dengan orang yang lebih tua dari nya, yang pasti orang akan menuding jari mereka kepada ibubapa si anak yang gagal mendidik anak nya. Misal nya; anak anak sekolah belasan tahun yang di tangkap merempit; salah si anak atau salah ibubapa? Kalau kebebasan tidak di beri, tidak mungkin si anak akan keluar dari rumah ditengah malam entah kemana.

Kalau direnungkan lebih dalam lagi; susah nya untuk menjadi seorang ibu atau bapa. Berat sungguh tugas yang diamanah kan Allah. Diamanahkan  untuk memberi pendidikan sekolah, pendidikan ugama, nak di beri makan, minum, pakaian, ke hospital kalau si anak sakit, keperluan harian…sangat lah berat tugas sebagai ibubapa.

Maka nya; apabila si anak sudah besar dan berjaya dalam hidup, si ibu dan bapa akan merasa bangga dengan kejayaan anak nya. Bangga kerana si ibu dan si bapa telah berjaya mendidik anak nya seperti yang telah diamanah kan oleh Allah.

Dan apabila si anak sudah besar tetapi menjadi anak yang lupa diri, kurang ajar, tidak bermoral dan sebagai nya; hancur lah hati si ibu dan si bapa kerana amanah yang diberikan Allah telah di sia-sia kan…

Tugas kita sebagai ibubapa ialah untuk menerap kan nilai nilai murni; ugama, adat, budaya, semua nya  berawal dirumah. Dan jangan sekali-kali mendoakan yang tidak baik untuk anak anak kita. Kerana setiap doa seorang ibu atau bapa akan didengar oleh Allah. Kalau yang baik di minta; baik lah jadi nya. Kalau yang tidak baik diminta; tidak baik lah hasil nya…nauzubillahminzalik….

Teringat kepada kata kata Pak Ustaz Sheikh Ismail (guru saya di Jakarta) pernah mengingat kan saya; setiap kali kamu solat fardhu dan setelah selesai bersolat sedekah kan ‘Al-Fatihah’ kepada kedua ibubapa kamu, mertua kamu, isteri kamu dan anak anak kamu. Nescaya Allah akan turun kan semua kebaikan dan keberkatan kepada mereka ini…..wallahualam…  

Serangkap pantun untuk kita renung renung kan erti nya:-

Hujan panas permainan hari
Susah senang permainan hidup
Wajah yang cantik perhiasan diri
Kerana budi hati terpaut


Thursday, 14 March 2013

My train ride - Part 17


Salam…hi all…

Its Friday March 15th, 2013. Friday – Day of All Days.

I’m back on the train today. It has been awhile. Most of my meetings recently require me to drive to the destination. There are no train services to that area…sigh…parking was a nightmare!

Time flies….it’s already the 3rd month of year 2013 and while sitting all the way back at the very last coach of the train, I’m thinking back; what have I achieve so far? Hmmmm…not much I guess…sigh..

Doing a consulting job is not easy after all. Some clients are taking their own sweet time to pay the bills. Some just expect me to “beg”…..life…

Sitting opposite of me, there sits a mother with 3 kids. The lady looks calm and collected handling the 3 very hyper kids. The ages of her kids are probably between 3 – 9 years old. A handful to handle alone! I was kind of amazed to watch her skills of handling these hyper kids. It’s definitely not an easy task! She knows I was watching and she looks at me and said, “Half of my energy gone!” and she smile. And I said, “I’m sure you are doing a better job than anyone else. I don’t think I have the skills to handle 3 at the same time and alone! No way can I do it”. She looks at me again and said, “Yes it’s not easy. And I’m the mother and the ‘father’ to these 3 heroes. I’m a single mother”. At this point; I can see the sadness on her face and I replied; “Oh…I’m so sorry to hear that”. “Well…it’s my stop. It was a pleasure talking to you and good luck”. “Pleasure was mine. Thank you” she replied with a smile.

It’s sad to see 3 very young kids growing up in a broken home. At the very young age that needs the attention from a father. But I guess things happen for a reason that only the almighty knows the truth. Unfortunately, between 2 grown adults fighting; their kids are the victim of circumstances.

This reminds me of a conversation with my dear friend few weeks ago. She lives in Kedah (up north of Malaysia) now. We were talking about the stories that I uploaded on my blog. And when we talked about one of my posting on polygamy; she said “I commented because I know how it feels like to live in a broken home”. I asked, “Oh really? What actually happen?” “Well, after 15 years of marriage with 5 kids, my father decided to walk away.” she replied with a sad voice.

“Oh dear…I’m so sorry. It must have been tough huh?” I’m trying to push her to tell me more…

Here’s the story; sadly after my mum married my dad, he became a different person. A womaniser! There were times that my mum bump into my dad with a different woman in his arms. He left us and my mum was the one that have to struggle to make ends meet. During the 80’s, my mum was a columnist with a local newspaper. She writes on a daily basis and she also took up the role as an editor. These 2 jobs require long hours at the office. We (my eldest sisters and my brothers) had to lead our own life at home without her. We were pushed to a corner. We need to learn to survive on our own. Do our own things like laundry, feed ourselves etc. Mum had to work. And she was not earning that much at that time. Sadly, being a single mother; coming back from the office at odd hours becomes a topic/gossip amongst the neighbours. For some reason; being a single mother those days the society looks down on you. Weird but true.

My mum is a fighter. She works hard day and night to feed us, ensure that all of her kids receive good education. And for many years we struggled. Debts were just countless! With family members, groceries store, you name it!

But my mum always said; “have faith, believe in the Almighty. Insyallah ‘he’ will help us”.

With the hardship that she had to go through, she managed to send 2 of my sisters and my brother to study abroad. And as for my other brother and me, we further our studies at a local University.

“Your mum is a columnist? Which newspaper?” I asked. “Berita Harian and Berita Minggu. She is better known as “Cik Sri Siantan”.

“What?!” I know this writer! I've read her writing many years ago! What a small world”…I was really in shock. I’m talking to the daughter of “Cik Sri Siantan”. I didn’t know all this while.

“From your stories; your mum is one hell of a very determine person. A very strong character indeed. I mean; to survive with 5 kids without the support from a husband was one hell of an achievement” I was in awe…

We were on the phone for almost 30 minutes. And it was a pleasure to had the opportunity to speak to the daughter of a great writer.

There are 2 issues here; firstly it is without doubt that in a broken home not only the wife will suffer but the kids will suffer the most…I think. They were given no choice but to lead their life’s without a father figure at a very young age. Secondly, I still failed to understand on why the society is looking down on single mothers. Some even said that “if she’s a single mother, it’s a lot easier for men to get under her ‘skirt’. That’s how low the mentality of some men…sad…

Moral of the story; Being a parent is a tough job; what more being a single parent!

To Cik Sri Siantan; if you are reading this…it was an honour to get to know you thru your daughter. Your writing was a masterpiece. How I wish you are still writing….

And to all single mothers out there; I salute you!

Have a good day peeps!

Saturday, 9 March 2013

Kalau takut dengan ombak, jangan berumah di tepi pantai...


Salam…

Terpanggil untuk saya menulis “posting” ini setelah saya sudah sampai ke tahap maksimal. Saya dah penat! Bosan! Mual! Meluat!

Sudah penat dengan ‘posting’ yang di ‘upload’ ke FB. Bosan membaca komen-komen di FB. Mual dengan sikap orang-orang yang ‘membaling batu, sorok tangan’. Meluat dengan ‘posting’ yang di ‘share’ atau di ‘copy/paste’ tanpa mencari tahu kesahihan nya.

Tahun 2013 ini genap hampir 8 tahun saya menjadi warga FB. Pernah juga saya melakukan hal yang sama; “copy/paste’, ‘share’ tanpa usul periksa. Ternyata itu suatu ‘habit’ atau tindakan yang salah. Ingin saya memohon maaf atas kesilapan yang lalu.

Maka nya, saya mulai berhati-hati dalam penulisan saya atau komen saya di FB. Kerana setiap penulisan kita ia nya akan mencermin kan diri kita sendiri. Kalau baik penulisan kita, maka baik lah hasil nya dan jika buruk penulisan kita, maka tidak ada lagi orang yang akan komen atau klik ‘like’ pada ‘posting’ kita. Atau orang akan klik ‘like’ atas dasar kesian.

Apa sebenar nya kelebihan ‘medium’ FB ini ya? Yang orang tergila-gila kan sangat sehingga dari anak sekolah yang masih kecil pun sudah mempunyai akaun FB! Kadang-kadang kalau kita baca ‘posting’ warga FB; masyallah…pelik…aneh…

Ada yang nak ke ‘toilet’ pun di bagi tau di FB. Tengah ‘meeting’ nak di bagi tau. Nak ucap ‘good nite’ pada suami pun nak ‘post’ di FB? ‘Call’ aja lah…kan senang atau sms/bbm/whatsapp. Mungkin ingin di beritahu ke seluruh dunia yang dia amat menyayangi suami nya? Untung si suami…

‘Posting’ aneh ini adakah bertujuan untuk berkongsi pengalaman/berkongsi ilmu? Atau warga warga FB ini tergolong dalam kumpulan orang orang yang kurang mendapat perhatian? Atau sengaja untuk menunjuk-nunjuk? Wallahualam…hanya Allah dan tuan punya diri yang tahu. 

Semuga apa yang tersurat dan tersirat di hati mereka adalah dengan “nawaitu’ yang baik…

Yang membuat kan saya penat, mual, bosan dan meluat bukan lah hal yang saya sebut kan tadi.

Baru – baru ini, adalah seorang hamba Allah yang ‘upload posting’ tentang hal minyak Ron 97 naik lagi 20 sen. Entah betul atau tidak ‘posting’ si anu ini, wallahulam. Tak ada pula saya terbaca di mana mana suratkhabar. Jadi apabila saya terbaca ‘posting’ dia , saya pun dengan pantas membuat komen. Komen saya “Dah tau Ron 97 mahal, pakai je lah Ron 95”. Rasa nya itu satu saranan yang logik. Pada hemat saya lah.

Hamba Allah 1 ini menjawab; “Kalau compare globally, harga Ron 97 kita masih mahal. Ron 95 buat enjin rosak’

Saya jawab; “Kenapa mesti nak compare harga global? Compare dengan Singapore, Indonesia, Thailand…cukup lah kot. Kalau nak compare dengan UAE misal nya; its apple to apple ke? Tak pernah pulak saya dengar yang kalau kita pakai Ron 95 enjin kereta jadi rosak. Saya dah pakai kereta saya dah bertahun. Saya isi Ron 95. Buat apa buang duit pakai Ron 97. Mahal! Tak ada pulak budak budak mekanik bagi tau saya enjin kereta kotor/rosak kerana Ron 95 yang saya isi. Kereta saya pun tak pernah bagi masalah.”

Hamba Allah 2 (menyelit): “Abang Shamsul ni buat gelak lah. Kalau abang pakai kereta untuk gi kerja aje memang lah tak rosak. Cuba bawa balik kampong berkali – kali.”

Saya jawab lagi: “Aduh dik oi…kereta saya dah berpuluh kali saya bawa ke Johor, ke Penang. Mileage pun dah dekat 80 ribu. Tak ada masalah pun. Kalau betul Ron 95 itu membuat kereta kita rosak, buktikan. Ada ‘proven research’? Are you an engineer? Certified engineer? Show me.”

Hamba Allah 1 jawab: huhuhu (dah tak tahu apa nak jawab lah ni..)

Hamba Allah 2 jawab: ermm….Malas nak layan (lagi seorang…tak tahu nak jawab)

Saya jawab: Expected. I pick the wrong person to debate. Sorry.

Hamba Allah 1: Wall saya bukan tempat debate.

Hal ini yang saya tak faham. Pertama tuan punya ‘wall' yang 'upload’ berita yang sensasi ini iaitu harga minyak akan naik. Secara logik nya, si tuan punya ‘wall’ harus menyelidik kesahihan berita itu dan harus berani untuk mempertahan kan nya. Bukan kah FB itu satu ‘forum’ yang terbuka? Kalau tak suka di komen atau anda tidak tahu cara untuk mempertahan kan ‘posting’ yang sensasi itu, harus nya di bagi tahu ke semua ‘friends’ FB dia terlebih dahulu.

Ini cadangan saya:

“Maaf, ‘posting’ yang saya ‘upload’ ini tidak perlu di komen kerana saya tidak tahu cara untuk mempertahan kan kesahihan berita ini. Saya ‘upload’ kerana saja nak cari perhatian. Kerana waktu saya kecil, saya adalah anak yang kurang dapat perhatian”.

Selesai masalah….kan? Tak payah orang lain sibuk-sibuk nak soal. Sendiri dah mengaku. Malah, orang mungkin akan rasa simpati..”kesian budak ni…bosan dengan hidup rupa nya…”. Mesti ramai yang ‘like’ kerana anda jujur.

Ok lah…satu hal lagi….hal FB juga ni…

Sejak berlaku nya tragedy pencerobahan di Lahad Datu, suatu hal yang saya baru sedar; ramai betul kawan kawan FB saya ni sebenar nya ‘pakar’ dalam berbagai bidang.

Keluar saja satu berita di FB, dengan pantas ada yang komen dan komen yang dari berbagai sudut pula. Hebat….

Dengan tiba-tiba, kawan kawan saya di FB ini rupa nya ‘pakar’ dalam “Political Analysis”! Mereka boleh menganalisa setiap “statement” yang di buat oleh kerajaan atau PDRM atau ATM itu hanya lah ‘sandiwara’ politik. Bila saya baca komen kawan saya ni, terkejut juga! Wah…hebat nya orang ini sebenar nya.

Dia dah bertahun bekerja di sebuah hotel sebagai ‘Front Desk Assistant’ tapi komen komen nya…masyallah…lebih hebat dari Professor dari Fakulti Sains Politik! Tak tau pula saya yang pekerja hotel di ajar menganalisa politik….hebat hebat…mungkin ini ‘kelebihan’ dia lah…

Yang pelik nya, bila saya persoal kan komen dia, kenapa pula dia melenting?! Bila dah tak tahu nak jawab; jalan terakhir ialah  = lari! Pagi tadi saya ‘check’ senarai ‘friends’ saya; dia dah hilang….cabuuut! Marah agak nya…

Ada juga kawan kawan saya yang dengan tiba-tiba menjadi ‘pakar’ dalam bidang ‘War and Military Strategy’ dan ada juga yang pakar dalam bidang ‘Forensic Police’.

Ini bidang kepakaran yang hebat hebat ni…tapi bila di ‘check’ latar belakang mereka; sangat lah ‘opposite’ dengan pekerjaan mereka.

Tak sangka….Allah telah menurun kan ‘mukjizat’ kepada mereka mereka ini. Tak payah pergi ke Universiti untuk dapat Ijazah. Belajar melalui FB agak nya.
Walau pun di antara mereka berkerja sebagai “Pembantu Am’ di Jabatan kerajaan (bukan saya menghina pekerjaan dia. Alhamdulillah dia mencari rezeki cara yang halal) tapi dia hebat dalam bidang bidang yang lain…Alhamdulillah…untung kawan kawan saya ini…bijak pandai rupa nya…

Yang aneh; kenapa ya, kalau dah hebat/pintar/pandai dalam bidang ‘Political Analysis’, ‘War and Military Strategy’ dan ‘Forensic Police’, dia tak cari kerja lain? Bukan kah parti parti politik mencari orang-orang seperti ini? Hebat dalam Sains Politik; itu satu bidang yang boleh di serap kan ke dalam ‘Team Think-tank’ parti politik. Besar tu gaji nya…Guna kan lah ‘posting’ dan komen komen di FB sebagai ‘resume’ untuk di tunjukan ke ketua-ketua parti politik.

Cuma…bila di komen, di persoal, di kritik....jangan 'lari' pula! Melainkan itu SOP nya….dah ‘upload’ dan bila orang komen atau kritik; Lari!!!! "Baling batu, sorok tangan!".

Atau; hakikat sebenar nya kebanyakan warga FB hanya hebat di FB? Hebat mengunakan ‘PC/laptop/tablet/smart phone’ saja. Tapi tak ada ‘substance’. Macam tin kosong…bising yang lebih.

Saranan saya; cari lah kesahihan berita sebelum kita ‘upload’ di ‘wall’ kita. Dan anda harus berani mempertahan kan apa yang di ‘upload’ atau di tulis. Kalau sekadar ‘copy/paste’ atau klik ‘share’ tanpa usul periksa; anak saya yang baru berumur 10 tahun pun tau cara nya. ‘Power Point’ dan Excel pun dia tau nak guna…

Persoalan yang timbul; bukan kah kalau kita menyebar kan berita yang salah dan apatah lagi berita itu mengaibkan orang lain, hukum nya fitnah?

Kesimpulan nya;  orang makan ‘bangkai’ kita pun nak makan ‘bangkai’?

Barang diingat kan (saya mengingat kan diri saya sendiri juga); apa yang kita ‘upload atau kita tulis mesti ada fakta untuk menyokong penulisan kita. Kita mesti berani menerima kritikan atau komen orang kerana FB atau blog ialah ‘open forum’.

Kalau takut dengan ombak, jangan berumah di tepi pantai!

Teringat kata kata Pak Ustaz Sheikh Ismail (guru saya di Jakarta. Pak Ustaz adalah mantan graduan dari Al-Azhar. Hebat orang nya. Saya banyak belajar dari dia) dan dia pernah mengata kan pada saya:-

“Orang yang tidak pintar tapi berlagak pintar, adalah orang yang lebih parah dari orang yang tidak pernah ke sekolah”

Wallahulam….



Tonton video ini dan kita bersama-sama renung kan...