Salam…
Terpanggil untuk saya menulis “posting” ini setelah saya
sudah sampai ke tahap maksimal. Saya dah penat! Bosan! Mual! Meluat!
Sudah penat dengan ‘posting’ yang di ‘upload’ ke FB. Bosan
membaca komen-komen di FB. Mual dengan sikap orang-orang yang ‘membaling batu, sorok
tangan’. Meluat dengan ‘posting’ yang di ‘share’ atau di ‘copy/paste’ tanpa
mencari tahu kesahihan nya.
Tahun 2013 ini genap hampir 8 tahun saya menjadi warga FB.
Pernah juga saya melakukan hal yang sama; “copy/paste’, ‘share’ tanpa usul
periksa. Ternyata itu suatu ‘habit’ atau tindakan yang salah. Ingin saya
memohon maaf atas kesilapan yang lalu.
Maka nya, saya mulai berhati-hati dalam penulisan saya atau
komen saya di FB. Kerana setiap penulisan kita ia nya akan mencermin kan diri
kita sendiri. Kalau baik penulisan kita, maka baik lah hasil nya dan jika buruk
penulisan kita, maka tidak ada lagi orang yang akan komen atau klik ‘like’ pada
‘posting’ kita. Atau orang akan klik ‘like’ atas dasar kesian.
Apa sebenar nya kelebihan ‘medium’ FB ini ya? Yang orang
tergila-gila kan sangat sehingga dari anak sekolah yang masih kecil pun sudah
mempunyai akaun FB! Kadang-kadang kalau kita baca ‘posting’ warga FB;
masyallah…pelik…aneh…
Ada yang nak ke ‘toilet’ pun di bagi tau di FB. Tengah
‘meeting’ nak di bagi tau. Nak ucap ‘good nite’ pada suami pun nak ‘post’ di
FB? ‘Call’ aja lah…kan senang atau sms/bbm/whatsapp. Mungkin ingin di beritahu
ke seluruh dunia yang dia amat menyayangi suami nya? Untung si suami…
‘Posting’ aneh ini adakah bertujuan untuk berkongsi
pengalaman/berkongsi ilmu? Atau warga warga FB ini tergolong dalam kumpulan
orang orang yang kurang mendapat perhatian? Atau sengaja untuk menunjuk-nunjuk?
Wallahualam…hanya Allah dan tuan punya diri yang tahu.
Semuga apa yang tersurat
dan tersirat di hati mereka adalah dengan “nawaitu’ yang baik…
Yang membuat kan saya penat, mual, bosan dan meluat bukan
lah hal yang saya sebut kan tadi.
Baru – baru ini, adalah seorang hamba Allah yang ‘upload
posting’ tentang hal minyak Ron 97 naik lagi 20 sen. Entah betul atau tidak
‘posting’ si anu ini, wallahulam. Tak ada pula saya terbaca di mana mana
suratkhabar. Jadi apabila saya terbaca ‘posting’ dia , saya pun dengan pantas
membuat komen. Komen saya “Dah tau Ron 97 mahal, pakai je lah Ron 95”. Rasa nya
itu satu saranan yang logik. Pada hemat saya lah.
Hamba Allah 1 ini menjawab; “Kalau compare globally, harga
Ron 97 kita masih mahal. Ron 95 buat enjin rosak’
Saya jawab; “Kenapa mesti nak compare harga global? Compare dengan
Singapore, Indonesia, Thailand…cukup lah kot. Kalau nak compare dengan UAE
misal nya; its apple to apple ke? Tak pernah pulak saya dengar yang kalau kita
pakai Ron 95 enjin kereta jadi rosak. Saya dah pakai kereta saya dah bertahun.
Saya isi Ron 95. Buat apa buang duit pakai Ron 97. Mahal! Tak ada pulak budak
budak mekanik bagi tau saya enjin kereta kotor/rosak kerana Ron 95
yang saya isi. Kereta saya pun tak pernah bagi masalah.”
Hamba Allah 2 (menyelit): “Abang Shamsul ni buat gelak lah.
Kalau abang pakai kereta untuk gi kerja aje memang lah tak rosak. Cuba bawa
balik kampong berkali – kali.”
Saya jawab lagi: “Aduh dik oi…kereta saya dah berpuluh kali
saya bawa ke Johor, ke Penang. Mileage pun dah dekat 80 ribu. Tak ada masalah
pun. Kalau betul Ron 95 itu membuat kereta kita rosak, buktikan. Ada ‘proven
research’? Are you an engineer? Certified engineer? Show me.”
Hamba Allah 1 jawab: huhuhu (dah tak tahu apa nak jawab lah
ni..)
Hamba Allah 2 jawab: ermm….Malas nak layan (lagi seorang…tak
tahu nak jawab)
Saya jawab: Expected. I pick the wrong person to debate.
Sorry.
Hamba Allah 1: Wall saya bukan tempat debate.
Hal ini yang saya tak faham. Pertama tuan punya ‘wall' yang 'upload’ berita yang sensasi ini iaitu harga minyak akan naik. Secara logik nya, si tuan
punya ‘wall’ harus menyelidik kesahihan berita itu dan harus berani untuk
mempertahan kan nya. Bukan kah FB itu satu ‘forum’ yang terbuka? Kalau tak suka
di komen atau anda tidak tahu cara untuk mempertahan kan ‘posting’ yang sensasi
itu, harus nya di bagi tahu ke semua ‘friends’ FB dia terlebih dahulu.
Ini cadangan saya:
“Maaf, ‘posting’ yang saya ‘upload’ ini tidak perlu di komen
kerana saya tidak tahu cara untuk mempertahan kan kesahihan berita ini. Saya
‘upload’ kerana saja nak cari perhatian. Kerana waktu saya kecil, saya adalah
anak yang kurang dapat perhatian”.
Selesai masalah….kan? Tak payah orang lain sibuk-sibuk nak
soal. Sendiri dah mengaku. Malah, orang mungkin akan rasa simpati..”kesian
budak ni…bosan dengan hidup rupa nya…”. Mesti ramai yang ‘like’ kerana anda
jujur.
Ok lah…satu hal lagi….hal FB juga ni…
Sejak berlaku nya tragedy pencerobahan di Lahad Datu, suatu
hal yang saya baru sedar; ramai betul kawan kawan FB saya ni sebenar nya ‘pakar’
dalam berbagai bidang.
Keluar saja satu berita di FB, dengan pantas ada yang komen
dan komen yang dari berbagai sudut pula. Hebat….
Dengan tiba-tiba, kawan kawan saya di FB ini rupa nya ‘pakar’
dalam “Political Analysis”! Mereka boleh menganalisa setiap “statement” yang di
buat oleh kerajaan atau PDRM atau ATM itu hanya lah ‘sandiwara’ politik. Bila
saya baca komen kawan saya ni, terkejut juga! Wah…hebat nya orang ini sebenar
nya.
Dia dah bertahun bekerja di sebuah hotel sebagai ‘Front Desk Assistant’ tapi
komen komen nya…masyallah…lebih hebat dari Professor dari Fakulti Sains
Politik! Tak tau pula saya yang pekerja hotel di ajar menganalisa
politik….hebat hebat…mungkin ini ‘kelebihan’ dia lah…
Yang pelik nya, bila saya persoal kan komen dia, kenapa pula
dia melenting?! Bila dah tak tahu nak jawab; jalan terakhir ialah = lari! Pagi tadi saya ‘check’ senarai
‘friends’ saya; dia dah hilang….cabuuut! Marah agak nya…
Ada juga kawan kawan saya yang dengan tiba-tiba menjadi ‘pakar’
dalam bidang ‘War and Military Strategy’ dan ada juga yang pakar dalam bidang
‘Forensic Police’.
Ini bidang kepakaran yang hebat hebat ni…tapi bila di
‘check’ latar belakang mereka; sangat lah ‘opposite’ dengan pekerjaan mereka.
Tak sangka….Allah telah menurun kan ‘mukjizat’ kepada mereka
mereka ini. Tak payah pergi ke Universiti untuk dapat Ijazah. Belajar melalui
FB agak nya.
Walau pun di antara mereka berkerja sebagai “Pembantu Am’ di
Jabatan kerajaan (bukan saya menghina pekerjaan dia. Alhamdulillah dia mencari
rezeki cara yang halal) tapi dia hebat dalam bidang bidang yang lain…Alhamdulillah…untung
kawan kawan saya ini…bijak pandai rupa nya…
Yang aneh; kenapa ya, kalau dah hebat/pintar/pandai dalam bidang ‘Political
Analysis’, ‘War and Military Strategy’ dan ‘Forensic Police’, dia tak cari
kerja lain? Bukan kah parti parti politik mencari orang-orang seperti ini?
Hebat dalam Sains Politik; itu satu bidang yang boleh di serap kan ke dalam
‘Team Think-tank’ parti politik. Besar tu gaji nya…Guna kan lah ‘posting’ dan komen
komen di FB sebagai ‘resume’ untuk di tunjukan ke ketua-ketua parti politik.
Cuma…bila di komen, di persoal, di kritik....jangan 'lari' pula! Melainkan itu SOP nya….dah ‘upload’ dan bila orang komen atau kritik;
Lari!!!! "Baling batu, sorok tangan!".
Atau; hakikat sebenar nya kebanyakan warga FB hanya hebat di
FB? Hebat mengunakan ‘PC/laptop/tablet/smart phone’ saja. Tapi tak ada
‘substance’. Macam tin kosong…bising yang lebih.
Saranan saya; cari lah kesahihan berita sebelum kita
‘upload’ di ‘wall’ kita. Dan anda harus berani mempertahan kan apa yang di
‘upload’ atau di tulis. Kalau sekadar ‘copy/paste’ atau klik ‘share’ tanpa usul
periksa; anak saya yang baru berumur 10 tahun pun tau cara nya. ‘Power Point’
dan Excel pun dia tau nak guna…
Persoalan yang timbul; bukan kah kalau kita menyebar kan
berita yang salah dan apatah lagi berita itu mengaibkan orang lain, hukum nya
fitnah?
Kesimpulan nya; orang
makan ‘bangkai’ kita pun nak makan ‘bangkai’?
Barang diingat kan (saya mengingat kan diri saya sendiri
juga); apa yang kita ‘upload atau kita tulis mesti ada fakta untuk menyokong penulisan kita. Kita mesti berani menerima kritikan atau komen
orang kerana FB atau blog ialah ‘open forum’.
Kalau takut dengan ombak, jangan berumah di tepi pantai!
Teringat kata kata Pak Ustaz Sheikh Ismail (guru saya di
Jakarta. Pak Ustaz adalah mantan graduan dari Al-Azhar. Hebat orang nya. Saya
banyak belajar dari dia) dan dia pernah mengata kan pada saya:-
“Orang yang tidak
pintar tapi berlagak pintar, adalah orang yang lebih parah dari orang yang
tidak pernah ke sekolah”
Wallahulam….
Tonton video ini dan kita bersama-sama renung kan...
No comments:
Post a Comment