Salam…
Tok Selampit rasa terpanggil untuk menulis dan meluah kan
pendapat setelah membaca beberapa laporan di akhbar cetak dan juga di media
media elektronik.
Dan apabila saya berulang kali menonton video yang
di’upload’ di laman social; rasa sedih, kecewa, marah, kesian dan juga kelu
lidah tak terkata. Siapa yang salah dalam hal ini? Kenapa mereka menjadi begitu
ganas dan buas tahap melampau?
Gambar hiasan |
Kes kes buli di sekolah dan juga di asrama penuh sudah
banyak kita dengar dan terbaca didalam akhbar. Kes yang terbaru di Pulau Pinang
sangat mengejut kan semua pihak. Kalau kita tonton dan kaji selidik video yang
di pertonton kan; yang membuli seperti sudah hilang ingatan, hilang
pertimbangan, amarah yang tidak boleh di kawal dan seperti di rasuk syaitan.
Perasaan dendam si pembuli pada mangsa buli yang sudah mencecah tahap gaban
mendorong si pembuli bertindak begitu ganas sekali.
Si mangsa buli pula mungkin pada waktu kejadian beliau berada
dalam ketakutan sehingga kan tidak berani mempertahan kan diri atau melawan.
Bertubi-tubi tumbukan dan tendangan yang diterima nya malah dia tetap teguh
berdiri. Si mangsa tidak rebah! Hebat sebenar nya si anak kecil ini.
Persoalan nya sekarang; siapa yang salah dalam hal ini? Si
pembuli? Si mangsa? Ibubapa? Pendidik? TV? Cerita-cerita ganas di panggung
wayang? Permainan video? Internet?
Secara umum nya; masyarakat akan menyalah kan
pemerintah/kerajaan kerana tidak berjaya mengawal selia kemasukan filem filem
ganas di TV dan di panggung wayang. Masyarakat juga secara umum nya akan
mengambil jalan mudah dengan menyalah kan orang lain.
Cuba kita berhenti sejenak dan kita halusi apa sebenar nya
punca atau ‘root cause of the problem’ sehingga kan anak anak ini bertindak
liar.
Pernah suatu ketika saya terbaca satu artikel yang di tulis
oleh pakar sikologi dari universiti tempatan . Sayang nya saya tidak ingat nama
penulis artikel itu. Didalam artikel tersebut, beliau dengan tegas nya
mengatakan bahawa masalah anak anak liar/ganas ini bermula atau berawal dari
rumah.
Faktor-faktor berikut adalah diantara penyebab anak anak
liar ini cenderung kepada keganasan:-
1. Ibubapa kurang memberi perhatian kepada anak
anak
2. Pengunaan internet yang tidak di pantau oleh
ibubapa
3. Menonton filem filem di TV atau di panggung
wayang yang tidak dipantau oleh ibubapa
4. Ibubapa yang tidak menghirau kan pendidikan
agama pada anak anak
5. Pergaulan bebas yang tidak di pantau oleh
ibubapa
6. Permainan video yang tidak di pantau oleh
ibubapa khusus nya yang berunsur ganas
Huraian nya:-
1. Ibubapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya dan
mengejar kekayaan dunia sering terlupa dengan tanggungjawab mereka untuk
memberi perhatian kepada anak anak. Pembelajaran mereka, pencapaian akademik
anak anak tidak di peduli kan. Anak anak akan rasa tersisih dan tidak ada
‘sense of belonging’ di rumah. Kurang berinteraksi bersama ibubapa membuat kan
mereka mencari perhatian di luar. Dan pada umur yang sebegitu muda, mereka
mudah dipengaruh oleh orang lain dengan cara pemikiran yang tidak sihat. Kalau
di sekolah pula, kita boleh melihat perbezaan perhatian yang di beri kan oleh
guru-guru pada anak murid. Yang pandai, yang baik dan yang mendengar kata akan
di beri perhatian yang lebih. Anak anak murid yang nakal ini akan rasa lebih
tersisih kerana gagal mendapat perhatian di rumah dan juga di sekolah. Perasaan
dendam mula menular didalam diri. Dendam kepada murid murid yang lain yang
lebih menonjol/menyerlah didalam kelas. Maka nya mereka mula bertindak dengan
ganas. Mereka menjadi 'rebelious'...memberontak.
2. Di alam siber pada zaman ini, terlalu banyak
laman web yang boleh merosakkan pemikiran anak anak yang boleh di ‘access’
tanpa kawalan. Majoriti ibubapa yang sibuk dengan kehidupan; mereka akan gagal
memantau aktiviti anak anak dalam pengunaan internet. Ini akan menjurus anak
anak melayari laman web yang terlarang.
3. Satu kesedaran telah ujud beberapa tahun yang
lalu untuk mengawal selia filem filem yang di pertonton kan di panggung-panggung
wayang. Filem filem luar di pecah kan didalam beberapa kategori; UMUM, 13 tahun
keatas, 18 tahun keatas. Tetapi yang pasti nya, filem filem yang dikawal di panggung-panggung
masih boleh didapati di internet yang dimuat turun/ ‘download’ secara
berleluasa. Dalam hal ini, ianya berbalik kepada perkara diatas yang saya sebut
kan tadi; pemantauan pengunaan internet oleh anak anak. Walau pun pihak
berkuasa mengawal kemasukan penonton di panggung-panggung wayang, anak anak
masih boleh menonton filem filem ganas
tersebut melalui internet.
4. Pendidikan agama adalah sangat penting buat anak
anak. ‘The very basic’ harus nya bermula di rumah. Kalau untuk orang orang yang
beragama Islam, anak anak harus dididik untuk mengaji Quran, sembahyang
berjemaah di rumah. Nilai nilai murni Islam harus di titikberat kan. Ini antara dua cara mendidik yang sangat ‘basic’. Selain
dari itu, ibubapa perlu mempengaruhi anak anak untuk bersama-sama menonton
program TV yang berunsur kan keagamaan. Tapi yang pasti; kebanyankan ibubapa
menyerah kan tugas tugas ini kepada Ustaz/Ustazah di sekolah. Majoriti ibubapa
terlalu bersandar kan khidmat pendidik di sekolah untuk medidik anak anak dalam
hal hal agama yang sangat ‘basic’ ini.
5. Disebabkan ibubapa jarang berada di rumah untuk
berinteraksi, pergaulan anak anak sudah tidak dikawal atau terkawal. Anak anak
akan bergaul dengan bebas sehingga kan kebanyakan ibubapa tidak tahu keberadaan
anak anak mereka khusus nya pada waktu ibubapa sibuk di pejabat.
6. Banyak permainan video; ‘console’ atau ‘mobile’
yang dengan mudah nya di perolehi dimana saja. Apatah lagi di internet.
Permainan video yang berunsur kan keganasan boleh mempengaruhi pemikiran anak
anak muda untuk cenderung meniru segala tidak tanduk/aksi didalam permainan
tersebut.
Adakah anak anak liar atau ganas ini tergolong didalam
keluarga miskin atau berpendapatan sederhana? Tidak semestinya! Malah dari kajian
didalam artikel yang saya sebut kan tadi, anak anak yang tergolong didalam
keluarga berada akan lebih terdedah kepada gejala gejala social yang tidak
terkawal ini. Ini kerana ibubapa yang mempunyai wang akan membelanjakan wang
yang banyak untuk menunai kan segala permintaan anak anak mereka kerana ini adalah
jalan termudah untuk mereka menganti kan waktu yang mereka tidak mampu beri
kepada anak anak mereka. Mereka ‘membeli’ perhatian dan kasih sayang yang anak
anak mereka tagihkan.
Kesimpulan nya; anak anak yang liar dan buas ini sebenarnya jiwa
mereka tertekan. Mereka perlu dibantu dan bukan disisih. Memang, kalau kita
lihat video yang dipertontonkan rasa marah kita akan menguasai pertimbangan.
Tapi hakikat sebenarnya, umur semuda itu mereka tidak tahu apa yang mereka
lakukan dan mereka tidak tahu kesan/’repercussion” pada diri mereka sendiri.
Mungkin setelah ini semua terjadi baru lah mereka mulai sedar yang tindak
tanduk mereka selama ini adalah salah.
Si mangsa pula pada pendapat saya adalah mangsa keadaan.
Beliau memerlukan pemerhatian yang lebih dari ibubapa dan pendidik kerana pasti
nya perasaan takut akan menguasai diri. Kejadian yang akan memberi kesan
berpanjangan kalau tidak di atasi dengan segera.
Memang berat sebenar nya tugas sebagai ibubapa. Anak anak
adalah amanah Tuhan. Tugas kita bukan sekadar memberi makan, minum, pakaian,
tempat tinggal dan pendidikan. Nilai nilai murni dalam kehidupan perlu diterap
di rumah. Semua nya berawal dari kita sebagai ibubapa.
Jalan mudah ialah kita akan menyalah kan orang lain tapi
hakikat sebenar nya? Sudah kah kita melaksanakan tugas kita sebagai ibubapa dengan
baik?
Cermin lah diri kita sendiri dan cari jawapan nya….
Wallahulam…
1 comment:
aiseh...really "hit my own nose bridge" la Che'gu...
true, it is the parent's responsibility to educate their kids. Islam already laid down the methods, as taught by our most beloved Nabi Muhammad s.a.w. It is up to the parents to choose which one to follow.
a very good one, Che'gu.
Post a Comment