Salam...
Alhamdulillah…dengan lafaz Bismillah…Parlimen
Malaysia telah pun di bubarkan dan Suruhanjaya Pilhanraya akan menetap kan
tarikh PRU yang ke 13. Insyallah…
Kalau termasuk pilhanraya
kali ini, Tok Selampit akan mengundi buat kali ke 6. Seronok juga sebenar nya.
Kita dapat melihat gelagat para pengundi, pemancing undi, penyokong dan juga si
calon parti-parti politik. Bendera part-parti politik yang berkibar sana sini.
Poster-poster yang membanjiri setiap dinding- dinding kosong bangunan, kedai-kedai
kopi, tiang-tiang lampu dan letrik. Gelagat para penyokong di kedai kopi atau
di kedai mamak yang tidak habis habis berdebat. Ceramah sana…ceramah sini.
Pendek kata, secara am nya pilhanraya ialah suatu proses demokratik yang sihat.
Proses yang diserahkan ke tangan rakyat untuk menentukan siapa kah yang layak
memimpin atau memerintah negara.
Yang membuatkan
pilihanraya itu menjadi tidak sihat ialah apabila politik kotor dipraktik oleh
para penyokong dan calon.
Kalau kita baca di
suratkhabar, di laman social media, di “blog”; sedih dan hiba rasa nya…
Kerana apabila bermula
nya demam pilihan raya; maka bermula lah siri 'difitnah memfitnah, di aib
mengaib, di tipu menipu, di bohong membohong, janji manis, janji palsu’ dan
banyak lagi yang secara sedar atau tidak sedar
Melayu Islam iaitu si calon dan si penyokong sesama sendiri berlumba-lumba dan berusaha
sedaya upaya; memalukan dan mengaibkan antara satu sama lain.
Atau yang ini? |
Sedih kerana taktik atau
strategi kotor digunapakai. Sedih kerana disebabkan mengejar kuasa; nilai murni
budaya, ugama dan bangsa sendiri tergadai. Seperti semua ini tidak ada nilai
nya. Di buang ketepi semua nilai-nilai ini hanya untuk mendapatkan gelaran YB, untuk
mendapat kuasa, mendabik dada dan konon nya akan bekerja atau berkhidmat untuk
rakyat. Agenda tersembunyi seseorang calon itu; hanya Allah yang tahu.
Selalu Tok Selampit mengingatkan
teman-teman dan diri sendiri; tidak salah kita menyokong tapi tidak perlu lah
kita menjadi penyokong tegar atau fanatik hingga kan sanggup melakukan apa
sahaja demi kepentingan seseorang calon. Apakah itu perlu? Tidak boleh di kata
tidak?
Yang ini? |
Ingat lah (Tok Selampit mengingat kan diri sendiri juga) bahawa memfitnah,
mengaib dan menghina sesama manusia apatah lagi sesama Islam adalah tergolong
dalam dosa-dosa besar…Tok Selampit takut dengan dosa…kerana Tok Selampit
terlalu banyak dosa yang nak ditebus…
Jadi untuk menambah lagi dosa semata-mata untuk memastikan kemenangan
untuk calon yang Tok Selampit suka; Tok Selampit tak sanggup….tak sanggup nak
menambah dosa….
yang ini? |
Mari lah kita keluar mengundi dengan memilih menguna kan akal bukan
mengunakan hati. Pilih lah calon yang kita yakin akan memberi menafaat pada
rakyat.
Jangan tersalah pilih…akibat nya kita (rakyat) yang akan sengsara selama
lima tahun. Akibat nya negara akan bergejolak. Akibat nya ekonomi tidak akan
stabil. Akibat nya masa depan anak-anak kita akan tergugat.
Kalau tersalah pilih; yang bodoh siapa dan yang bertepuk tangan siapa?
Politik tidak kotor. Yang mengotorkan nya ialah ahli-ahli politik itu
sendiri dan para penyokong yang terlalu fanatik!
Wallahualam…
***Tok Selampit mengundi di Kg Baru, KL...kampung
ku... :-)
No comments:
Post a Comment