Salam…
Teringat kepada serangkap pantun yang pernah saya
dengar dari mulut orang tua saya;
Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa
Jangan lah susu di balas tuba
Madu dibayar racun berbisa
Kata kata yang terungkai didalam serangkap pantun
diatas sangat dalam erti nya. Termenung sejenak memikrkan apakah orang orang
Melayu di zaman alaf 2000 ini masih mengunapakai adat adat Melayu seperti yang
tersebut didalam pantun ini? Terutama nya dikalangan anak anak muda.
Adat dan budaya sangat lah sinonim dengan orang
orang Melayu. Ada juga di kalangan orang Melayu yang mengutama kan adat lebih
dari hukum. Begitu ‘extreme’ hingga kan ia nya secara sedar atau tidak sedar
boleh menyimpang dari aqidah. Wallahulam…
Yang pasti; pemerhatian saya secara kasar banyak
adat Melayu yang sudah ditelan zaman. Anak anak muda tidak lagi mengunakan nya
kerana dianggap ketinggalan; “outdated”. Ada yang malu untuk bersalam mencium
tangan orang tua. Ada juga yang malu untuk tunduk kalau nak menumpang lalu di
depan orang tua. Ada yang tidak tahu beradab sebelum makan hingga kan tidak peduli kan orang
keliling terlupa untuk mempelawa orang lain. Ada yang malu untuk memimpin
tangan ibu atau bapa kalau berjalan jalan di komplek. Dan banyak lagi….
Ini lah diantara nilai nilai budaya Melayu yang
semakin hari semakin di lupakan.
Dalam konteks ugama pula; ada yang tidak tau atau
sengaja tidak mahu memberi ‘Assalamualaikum’ bila bertandang ke rumah orang. Pengunaan
“Door bell” lebih canggih/’advance’ kata nya. Ada yang menyebut 'excuse me’
bila sendawa di meja makan…’alhamdulillah’ tidak di utama kan.
Dalam konteks am pula; ada yang tidak tahu megucap
kan terimakasih setelah dibantu orang lain. Orang dah berbudi, dia tidak tahu
pula untuk berbahasa. Ada yang tidak peduli kan atau tidak membantu orang
tua/orang buta sewaktu melintas jalan.
Tugas siapa kah untuk mendidik anak anak bangsa supaya
mereka tidak melupakan nilai nilai budaya Melayu ini? Kerajaan? Guru sekolah?
Ia nya tugas kita sebagai ibubapa. Pendidikan
berawal dirumah, bukan di sekolah. Kerana percaya lah; kalau seseorang anak itu
bersikap kurang ajar dengan orang yang lebih tua dari nya, yang pasti orang
akan menuding jari mereka kepada ibubapa si anak yang gagal mendidik anak nya.
Misal nya; anak anak sekolah belasan tahun yang di tangkap merempit; salah si anak
atau salah ibubapa? Kalau kebebasan tidak di beri, tidak mungkin si anak akan
keluar dari rumah ditengah malam entah kemana.
Kalau direnungkan lebih dalam lagi; susah nya untuk
menjadi seorang ibu atau bapa. Berat sungguh tugas yang diamanah kan Allah.
Diamanahkan untuk memberi pendidikan
sekolah, pendidikan ugama, nak di beri makan, minum, pakaian, ke hospital kalau
si anak sakit, keperluan harian…sangat lah berat tugas sebagai ibubapa.
Maka nya; apabila si anak sudah besar dan berjaya dalam
hidup, si ibu dan bapa akan merasa bangga dengan kejayaan anak nya. Bangga
kerana si ibu dan si bapa telah berjaya mendidik anak nya seperti yang telah
diamanah kan oleh Allah.
Dan apabila si anak sudah besar tetapi menjadi anak
yang lupa diri, kurang ajar, tidak bermoral dan sebagai nya; hancur lah hati si
ibu dan si bapa kerana amanah yang diberikan Allah telah di sia-sia kan…
Tugas kita sebagai ibubapa ialah untuk menerap kan
nilai nilai murni; ugama, adat, budaya, semua nya berawal dirumah. Dan jangan sekali-kali
mendoakan yang tidak baik untuk anak anak kita. Kerana setiap doa seorang ibu
atau bapa akan didengar oleh Allah. Kalau yang baik di minta; baik lah jadi
nya. Kalau yang tidak baik diminta; tidak baik lah hasil nya…nauzubillahminzalik….
Teringat kepada kata kata Pak Ustaz Sheikh Ismail
(guru saya di Jakarta) pernah mengingat kan saya; setiap kali kamu solat fardhu
dan setelah selesai bersolat sedekah kan ‘Al-Fatihah’ kepada kedua ibubapa
kamu, mertua kamu, isteri kamu dan anak anak kamu. Nescaya Allah akan turun kan
semua kebaikan dan keberkatan kepada mereka ini…..wallahualam…
Serangkap pantun untuk kita renung renung kan erti
nya:-
Hujan panas permainan hari
Susah senang permainan hidup
Wajah yang cantik perhiasan diri
Kerana budi hati terpaut
No comments:
Post a Comment