Salam…
Seminggu yang lalu tepat jam 9.30 pagi; saya,
Professor Lee, Sam (mat spanar – orang yang sangat hebat dalam hal
‘Technical/Mechanical’) dan Joyee (orang ‘Marketing’) berkumpul di rumah Prof
Lee di Setia Alam. Kami berencana untuk melawat sebuah kilang di Kluang, Johor.
Melalui ‘contact’ kami di Johor, kilang tersebut sebesar 30 ribu kaki persegi
yang sudah hampir 3 tahun ditinggal kosong oleh tuan punya. Sebuah syarikat ‘bio tech’ pernah menyewa
disitu tapi ditutup hanya setelah 2 tahun beroperasi. Kami juga diberitahu, sewa
yang akan dikenakan sangat lah murah kerana tuan nya agak terdesak kerana sudah
3 tahun tidak mendapat apa-apa hasil.
Tepat Jam 10 pagi, kami berempat bergerak
menuju ke Kluang. Joyee ditugaskan untuk memandu dan waktu pulang nanti giliran
Sam pula. Saya duduk dibelakang dengan Prof Lee kerana banyak hal yang nak
dibincangkan sewaktu dalam perjalanan nanti.
Sempat juga saya tanya pada Prof Lee; “Are
you sure on allowing Joyee to drive? We need to be there in less than 3
hours!”. Prof Lee dengan tenang menjawab; “Don’t worry..she is not like other
lady driver…she’ll surprise you..”.
Ok lah…saya pun percaya apa yang dikatakan
oleh Prof Lee kerana dia lebih mengenali Joyee. “True enough! Joyee was
speeding all the way! 160km consistent!” Hebat betul si minah ni..bawa 4x4
Mitsubishi berani dia ‘speeding’. Tapi bukan ‘reckless’ driver. “Very
steady…cool…calm and collected lady driver…I was impressed!”.
Setiba di Ayer Keroh kami berhenti seketika
untuk minum pagi..semua dah kelaparan. Prof Lee dah tak sabar hendak menyala
kan sebatang rokok. Dia memanglah seorang perokok tegar..satu hari 2 bungkus
yang 20 batang! “Prof…with 40 sticks a day..I think your heart is “jerebu”
already lah…” sambil tersenyum saya mengusik Prof…lalu Prof Lee menjawab;
“Nevermind..I consumed lots of green tea, “gaharu” tea and probiotic vitamins
that I mix myself…my own recipe..so that will balance everything”. “Really?”
saya menyahut…”No lah…I’m just trying to psych myself so..I’m bullshitting you
lah…”…kami tergelak terbahak-bahak.
Agak ‘normal’ bagi setiap perokok tegar
untuk cuba berbohong pada diri sendiri hanya untuk menutup kelemahan diri
kerana tidak boleh membuang tabiat merokok yang sudah melekat pada diri sekian
lama…
Saya banyak belajar dengan Prof Lee tentang
‘start-up company’. Prof Lee ialah seorang pensyarah yang masih aktif mengajar
di National University of Singapore tapi beliau sangatlah ‘humble’ orang
nya..tidak kedekut ilmu. Beliau juga banyak membabit kan diri dalam membantu
beberapa ‘start-up company’ di Singapore yang sekarang nya sudah menjadi
perusahaan gergasi disana. Setiap kali saya duduk bercerita dengan beliau; kami
saling bertukar pendapat dalam hal ‘start-up company’. Memang banyak hal saya
dapat belajar dari beliau terutama dalam hal “Manufacturing, Cashflow
Projection, P&L, Investment, Capital Debenture’ dan banyak lagi.
Kami meneruskan perjalanan dan setiba nya di
Pagoh; Sam menerima panggilan dari Edward (tuan punya kilang). Rupa nya kilang
bukan di Kluang tapi di Machap. Tidak jauh dari Air Itam. Dan kami juga
diberitahu lokasi kilang hanya 5 minit dari ‘Toll Booth’ Machap.
2 jam 50 minit kami sampai di ‘exit’ Machap.
Memang laju si minah ni ‘drive’. Hebat!
Tepat jam 1 tengahari; kami berada di pintu
pagar utama kilang tersebut. Pintu pagar nya dikunci dari dalam. Kelihatan
didalam beberapa orang lelaki bergerak menuju ke pintu pagar. Pasti nya si
Edward dan orang-orang nya.
Kami pun turun dari ‘pick-up truck’ dan
berdiri didepan kilang untuk melihat keadaan sekelililng. Kehadiran kami
disambut dengan hujan gerimis..
Entah apa yang bermain di akal…saya mula
tidak sedap hati bila melihat kilang ini dari pintu pagar utama…’the eerie
feeling’…bulu roma ditengkuk naik..pelik…Kilang kosong yang suram dan kiri, kanan, belakang kilang hanyalah hutan.
Saya pun membaca Surah Kursi didalam hati dan
saya tiup perlahan dari kanan ke kiri…”ya Allah…lindungi lah aku dari perkara
yang mungkar”. Agak nya Prof Lee terlihat perbuatan saya dan bertanya; “What
are you doing? Are you reciting something?”. Saya menjawab; “Yes Prof...I just
don’t feel good about this place…very eerie”. Prof Lee menjawab; “Ohh…reciting
the versus from Quran?”. “Wah…you know? You can tell?” agak terperanjat juga
saya dibuat nya. “I have many Muslim friends…I know you guys recite Quran
versus a lot to protect yourself…good for you..” kata Prof Lee. “I’m glad that
you understand…” saya menjawab sambil tersenyum.
Kami pun perlahan-lahan berjalan menuju ke
dalam. Sambil berjalan, saya pun mengeluarkan kamera untuk mengambil seberapa
banyak gambar yang kami perlukan untuk dibincangkan di KL nanti.
Hampir 2 jam kami di kilang tersebut. Saya banyak
bergerak sendirian untuk mengambil gambar kilang dari berbagai-bagai sudut.
Hampir 60 gambar yang saya ‘snap’. Alhamdulillah..saya agak tenang selama 2 jam
di kilang tinggal itu. Tidak ‘ada’ yang menggangu..
Edward mempelawa kami untuk makan tengahari
di Air Itam sambil berbincang tentang sewa dan sebagai nya.
Jam 4 petang kami bergerak menuju ke KL. Kali
ini Sam yang memandu.
Jam 6.30 petang; kami tiba di R&R
Dengkil. “Let’s stop here… I ‘belanja’ Satay!” kata Prof Lee.
Sambil menunggu satay dihidang; saya pun
mengeluar kan kamera dan mula ‘flip thru’ gambar-gambar yang di ‘snap’ tadi.
Ini lah di antara gambar-gambar yang saya
‘snap’. Saya tunjuk gambar ini ke Prof Lee, Sam dan Joyee. “I can see a face of
a lady!” kata Prof. “Yes, a lady holding a baby I think…”kata si Sam..Si Joyee
langsung tak nak tengok …takut kata nya. “Driving” bukan main laju lagi…rupa
nya takut hantu!
Apa yang saya nampak ialah seorang perempuan
berambut panjang yang rambut nya di ikat dan sedang memegang anak kecil. Saya pun
menunjukkan gambar ini kepada teman-teman yang lain di KL. Agak
konsisten…hampir semua mengatakan yang sama..muka seorang perempuan.
Kepada para pembaca; sila nilai kan sendiri.
Apakah “ini” sebenar nya? Hantu? Jin?
Syaitan? Hantu Kapchai? Hantu Lengchai?
Wallahulam…hanya Allah yang lebih mengetahui…
No comments:
Post a Comment