Monday, 18 January 2016

Dosa saya dengan Mak..

Assalam..

Terbaca satu kisah nukilan seorang Ustaz yang ingin dikongsi di FB. Kisah seorang ibu dan seorang anak lelaki nya.

Pada suatu hari anak yang sulung pulang ke rumah ibu nya dan berkata, “Mak..saya ingin memohon maaf pada mak kerana berbelas tahun yang lalu saya pernah berdosa dengan mak dengan kata-kata saya yang pasti nya melukakan hati mak. Mungkin mak dah lupa saya pernah berkata..mak orang tua tak ada otak”.

Si emak nya dengan pantas menarik tangan anak sulung nya dan berkata, “ini lah tangan yang akan mak heret mengadap Allah..tapi tuan punya tangan yang mak lahirkan ini sanggup berkata ibu nya orang tua tak ada otak”. “Dalam banyak-banyak dosa kamu pada mak, ini lah satu dosa yang mak ingat dan tidak akan ampunkan sampai lah mak mati nanti”.

Rupa nya yang kita minta maaf secara umum setiap kali kita bertemu mak kita, ada dosa yang ibu kita pendam.

Berjurai airmata si anak…rupa nya si mak masih ingat dan ternyata kata-kata nya terhadap si emak sangat dalam luka nya sehinggakan si emak tidak mahu memaafkan sehingga mati.

Untuk meringkaskan cerita, si anak setiap solat setiap saat berdoa pada Allah untuk melembutkan hati si emak.

Suatu hari, si anak pulang lagi ke rumah si emak. Si emak tiap hari mendengar rintihan anak di atas sejadah memohon pada Allah agar terbuka hati si emak.

Akhir nya si emak berkata, “Mak ampun kan segala dosa kamu kerana emak dapat lihat keikhlasan kamu memohon pada Allah.” Menitis airmata si anak dan berkata..”Alhamdulillah…terima kasih mak…terima kasih Allah.”

Cerita ini diceritakan pada Ustaz; setelah semua dosa saya diampunkan oleh mak saya, lapang rasa dada, tenang rasa jiwa, lebih khusyuk setiap kali solat.

****
Setiap kali kita bertemu mak kita, kita salam dan cium tangan dia. Setiap kali menyambut Hari Raya Aidil Fitri, kita memohon ampun maaf dari mak kita. Tapi itu secara umum nya. Mungkin ada dosa kita yang emak kita pendam yang kita tidak tahu.

Persoalan nya; adakah kita seorang anak yang soleh? Tanya lah diri beribu kali…

Kerana berlawan nya perkataan soleh ialah DERHAKA!

Wallahualam…




Monday, 29 December 2014

Apabila musibah melanda...

Menyesal pula balik bercuti di kampung hujung minggu. Sekarang, dah tak boleh keluar dari sini. Nasib baiklah rumah ni di kawasan tinggi sikit. Tapi, kawasan yang lain yang tenggelam. Jalan utama dah tutup.
Jawabnya, berkampung dalam rumah sehinggalah air banjir surut. Adik-beradik lain ada di rumah sama. Balik sebab nak kemas-kemas bilik masing-masing. Takut barang-barang kesayangan dibawa air.
Yang peliknya, abah nampak happy. Aku pun pelik. Adik-beradik lain pun pelik. Dahlah streamyx pun dah terputus, tiang dah tumbang. Internet fon bukan main siput lagi. Bosan kot duk rumah ni. Nak-nak, seminggu nak hidup dalam banjir. Nak tengok tv, tak ada cerita best. Nak layan movie di laptop, bosan ulang tayang benda sama. Nak turun dari rumah main air banjir, nanti demam pula tak pasal-pasal. Last-last, duduk sajalah dalam bilik. Tidur.
Lepas Isyak, abah panggil semua anak-anaknya berkumpul. Abah suruh : “Semua ambil Al-Quran, tunggu di ruang tamu.”
Aku pun dengan malas ambil Al-Quran dan tunggu. Adik-beradik lain pun nampak malas juga. Maklumlah sibuk dengan henpon masing-masing. Dah besar-besar belaka dah pun. Semua umur 22 ke atas. Memang dah season berpasangan belaka. Dah beberapa orang yang kahwin.
“Semua dah ada ya. Baiklah, abah nak tanya, berapa umur abah sekarang?”
Angah menjawab : “67 tahun. Kenapa abah?”
Abah senyum. “Rasulullah s.a.w. umur 63 tahun wafat. Bermakna abah sekarang dah guna umur subsidi 4 tahun.”
Along pula mencelah. “Kita nak baca Ya Sin ke malam ni? Siapa yang meninggal?”
Abah menggelengkan kepala. “Malam ni, abah nak setiap seorang baca Al-Quran depan abah. Biar abah dengar dan check, betul atau tidak bacaan kamu.”
Kami semua tersentak seketika. Angah bersuara, “Tapi, kami dah dewasa. Dah umur 20, 30 tahun dah. Dah boleh baca sendiri, abah.”
Abah senyum. “Bila kali terakhir kamu baca Al-Quran depan abah?”
Semua terdiam. Abah menyambung kata, “Seingat abah, kali terakhir setiap dari kamu baca depan abah, masa akhir sekolah rendah. Kemudian, khatam. Lepas tu, setiap dari kamu sibuk dengan study, kejar cita-cita masing, hinggalah dapat kerja dan berkeluarga. Jarang ada di rumah lagi.”
Along mencelah pula, “Maksud abah? Kami tak faham.”
Abah senyum manis. “Adakah abah hanya layak periksa bacaan anak-anak masa kamu semua masih kecil saja? Tak kan?”
“Akhir-akhir ini, abah banyak berfikir. Kerja mengajar Al-Quran pada anak-anak sepatutnya kerja abah seumur hidup. Supaya setiap hari, abah dapat pastikan anak-anak baca Al-Quran. Hidup dengan Al-Quran. Tapi, abah perhati, misalnya bila kamu balik kolej, tak ada pun anak-anak abah nak datang dekat abah, baca Al-Quran seperti kamu kecil-kecil dulu. Balik kampung, tak pernah abah dengar antara kamu baca Al-Quran walaupun berseorangan. Semuanya asyik dengan hal masing-masing.
Abah rasa abah gagal sebagai seorang abah. Abah dah tua begini. Baru abah sedar kesilapan abah. Abah dah tengok anak-anak abah berjaya di dunia. Belajar bagus, kerja pun alhamdulillah. Tapi, dari sudut akhirat, abah rasa dukacita. Abah tak menyediakan anak-anak abah dengan jiwa Al-Quran. Andai baca pun jarang, bagaimana nak beramal dengan isi dalam Al-Quran itu? Jauh sekali.”
Kami semua terdiam lama. Sebak. Terasa ke lubuk kalbu. Akui memang Al-Quran dipinggirkan dalam kehidupan sehari-hari selama ini.
“Abah dah tua, abah harap abah belum terlambat untuk mengajar Al-Quran pada kamu semua balik. Harap sangat.”
Along ke depan abah. Dengan linangan air mata. Angah pun sama turut menangis. Aku pun dah menitis air mata sama.
“Along nak baca dulu, abah. Bagi along baca dulu. Abah periksa bacaan along dulu.”
Abah senyum, namun aku nampak air matanya jatuh saat mendengar anaknya seorang demi seorang membaca Al-Quran di hadapannya. Seolah-olah berkata dalam hatinya, Abah takkan putus asa. Selagi ada masa tersisa.”
Credit : Muhammad Rusydi

Wednesday, 5 March 2014

MAS...oh...MAS...sigh


My posting on FB yesterday on MAS reported losses of 1.2billion -

Well Mr PAC (Public Accounts Committee)...allow me to enlighten you...here's why..:-

Basic principle of managing an airline is; cost control. As a matter of fact; all businesses applies the same basic principle. Unfortunately; MAS management has no freaking clue on how to reduce their operating cost. Here's some tips from my book of Managing Airline Operating Cost for A Bunch of Idiots:-


1. Too many redundant staffs. Your Union is too powerful. They don't care if the company running at lost so long as they can keep their job till they die. As such, give them an ultimatum. Hit the KPI or hit the road!



2. Your multiple types of a/craft currently in ops is definitely not helping your books. Multiple types of a/craft meaning multiple types of spare parts you have to have in-hand. Your cashflow on parts alone will kill you! 



3. Your Revenue Management System sucks! From which third world country did you procure this system? Expensive and fancy system does not guarantee good results. Its the person handling the Department is incompetent!

4. For some weird reasons; you are still keeping 'dead wood' in the company. Get rid of these people! They are enjoying the salary, bitch a lot, maximize their privilege and contribute absolutely nothing!

5. Cut down on privilege enjoyed by your staffs. Its time for them to sacrifice on what they have enjoyed for many years. No more upgrading to C Class for them. Enough is enough...no more jolly ride.

6. The time has come for you to peg your fuel price. This commodity fluctuates like hell! Go back to your fuel supplier. Re-negotiate your terms. Peg it for the next 5 years. Once you peg your fuel price; atleast now you know your base cost on fuel.

7. Can you start whacking your pilots? They seem to enjoy every minute of burning fuel like crazy. One simple trick to reduce fuel burn is to fly higher! The higher you fly, the lighter you are and the less fuel you will burn. Not rocket science.

8. Your a/craft turn around time still unbelievably sloowwww!!! If now it takes you 1 hour...reduce it to 45 mins. So, if each sector you can save 15 mins and if each a/craft serves 6 sectors in a day, that's a saving of 1.5 hrs of engine cycles per day! Multiply that by 365 days...you need a calculator?

9. Shutdown or reduce your manpower at your overseas office. You don't need fancy set-up. A simple set-up will do...its the result that matters

10. Re-negotiate your ground handling contracts overseas or maybe its time for you to selfhandle. Crunch some numbers...

11. Your competitor is not Air Asia or Malindo...its SIA..and guess what; they are making tonnes of money and you are losing tonnes...

I can go on and on Mr PAC...

Smack them and stop spoon feeding this organization....

Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak not rocket science Mr PM...pull up your sleeve and clean this up please..Thank you sir..

Wednesday, 6 November 2013

Hantu? Jin atau Syaitan? Hanya Allah yang lebih mengetahui..

Salam…

Seminggu yang lalu tepat jam 9.30 pagi; saya, Professor Lee, Sam (mat spanar – orang yang sangat hebat dalam hal ‘Technical/Mechanical’) dan Joyee (orang ‘Marketing’) berkumpul di rumah Prof Lee di Setia Alam. Kami berencana untuk melawat sebuah kilang di Kluang, Johor. Melalui ‘contact’ kami di Johor, kilang tersebut sebesar 30 ribu kaki persegi yang sudah hampir 3 tahun ditinggal kosong oleh tuan punya.  Sebuah syarikat ‘bio tech’ pernah menyewa disitu tapi ditutup hanya setelah 2 tahun beroperasi. Kami juga diberitahu, sewa yang akan dikenakan sangat lah murah kerana tuan nya agak terdesak kerana sudah 3 tahun tidak mendapat apa-apa hasil.

Tepat Jam 10 pagi, kami berempat bergerak menuju ke Kluang. Joyee ditugaskan untuk memandu dan waktu pulang nanti giliran Sam pula. Saya duduk dibelakang dengan Prof Lee kerana banyak hal yang nak dibincangkan sewaktu dalam perjalanan nanti.

Sempat juga saya tanya pada Prof Lee; “Are you sure on allowing Joyee to drive? We need to be there in less than 3 hours!”. Prof Lee dengan tenang menjawab; “Don’t worry..she is not like other lady driver…she’ll surprise you..”.

Ok lah…saya pun percaya apa yang dikatakan oleh Prof Lee kerana dia lebih mengenali Joyee. “True enough! Joyee was speeding all the way! 160km consistent!” Hebat betul si minah ni..bawa 4x4 Mitsubishi berani dia ‘speeding’. Tapi bukan ‘reckless’ driver. “Very steady…cool…calm and collected lady driver…I was impressed!”.

Setiba di Ayer Keroh kami berhenti seketika untuk minum pagi..semua dah kelaparan. Prof Lee dah tak sabar hendak menyala kan sebatang rokok. Dia memanglah seorang perokok tegar..satu hari 2 bungkus yang 20 batang! “Prof…with 40 sticks a day..I think your heart is “jerebu” already lah…” sambil tersenyum saya mengusik Prof…lalu Prof Lee menjawab; “Nevermind..I consumed lots of green tea, “gaharu” tea and probiotic vitamins that I mix myself…my own recipe..so that will balance everything”. “Really?” saya menyahut…”No lah…I’m just trying to psych myself so..I’m bullshitting you lah…”…kami tergelak terbahak-bahak. 

Agak ‘normal’ bagi setiap perokok tegar untuk cuba berbohong pada diri sendiri hanya untuk menutup kelemahan diri kerana tidak boleh membuang tabiat merokok yang sudah melekat pada diri sekian lama…

Saya banyak belajar dengan Prof Lee tentang ‘start-up company’. Prof Lee ialah seorang pensyarah yang masih aktif mengajar di National University of Singapore tapi beliau sangatlah ‘humble’ orang nya..tidak kedekut ilmu. Beliau juga banyak membabit kan diri dalam membantu beberapa ‘start-up company’ di Singapore yang sekarang nya sudah menjadi perusahaan gergasi disana. Setiap kali saya duduk bercerita dengan beliau; kami saling bertukar pendapat dalam hal ‘start-up company’. Memang banyak hal saya dapat belajar dari beliau terutama dalam hal “Manufacturing, Cashflow Projection, P&L, Investment, Capital Debenture’ dan banyak lagi.

Kami meneruskan perjalanan dan setiba nya di Pagoh; Sam menerima panggilan dari Edward (tuan punya kilang). Rupa nya kilang bukan di Kluang tapi di Machap. Tidak jauh dari Air Itam. Dan kami juga diberitahu lokasi kilang hanya 5 minit dari ‘Toll Booth’ Machap.

2 jam 50 minit kami sampai di ‘exit’ Machap. Memang laju si minah ni ‘drive’. Hebat!

Tepat jam 1 tengahari; kami berada di pintu pagar utama kilang tersebut. Pintu pagar nya dikunci dari dalam. Kelihatan didalam beberapa orang lelaki bergerak menuju ke pintu pagar. Pasti nya si Edward dan orang-orang nya.

Kami pun turun dari ‘pick-up truck’ dan berdiri didepan kilang untuk melihat keadaan sekelililng. Kehadiran kami disambut dengan hujan gerimis..

Entah apa yang bermain di akal…saya mula tidak sedap hati bila melihat kilang ini dari pintu pagar utama…’the eerie feeling’…bulu roma ditengkuk naik..pelik…Kilang kosong yang suram dan kiri, kanan, belakang kilang hanyalah hutan.

Saya pun membaca Surah Kursi didalam hati dan saya tiup perlahan dari kanan ke kiri…”ya Allah…lindungi lah aku dari perkara yang mungkar”. Agak nya Prof Lee terlihat perbuatan saya dan bertanya; “What are you doing? Are you reciting something?”. Saya menjawab; “Yes Prof...I just don’t feel good about this place…very eerie”. Prof Lee menjawab; “Ohh…reciting the versus from Quran?”. “Wah…you know? You can tell?” agak terperanjat juga saya dibuat nya. “I have many Muslim friends…I know you guys recite Quran versus a lot to protect yourself…good for you..” kata Prof Lee. “I’m glad that you understand…” saya menjawab sambil tersenyum.

Kami pun perlahan-lahan berjalan menuju ke dalam. Sambil berjalan, saya pun mengeluarkan kamera untuk mengambil seberapa banyak gambar yang kami perlukan untuk dibincangkan di KL nanti.

Hampir 2 jam kami di kilang tersebut. Saya banyak bergerak sendirian untuk mengambil gambar kilang dari berbagai-bagai sudut. Hampir 60 gambar yang saya ‘snap’. Alhamdulillah..saya agak tenang selama 2 jam di kilang tinggal itu. Tidak ‘ada’ yang menggangu..

Edward mempelawa kami untuk makan tengahari di Air Itam sambil berbincang tentang sewa dan sebagai nya.

Jam 4 petang kami bergerak menuju ke KL. Kali ini Sam yang memandu.

Jam 6.30 petang; kami tiba di R&R Dengkil. “Let’s stop here… I ‘belanja’ Satay!” kata Prof Lee.

Sambil menunggu satay dihidang; saya pun mengeluar kan kamera dan mula ‘flip thru’ gambar-gambar yang di ‘snap’ tadi.

Ini lah di antara gambar-gambar yang saya ‘snap’. Saya tunjuk gambar ini ke Prof Lee, Sam dan Joyee. “I can see a face of a lady!” kata Prof. “Yes, a lady holding a baby I think…”kata si Sam..Si Joyee langsung tak nak tengok …takut kata nya. “Driving” bukan main laju lagi…rupa nya takut hantu!


Apa yang saya nampak ialah seorang perempuan berambut panjang yang rambut nya di ikat dan sedang memegang anak kecil. Saya pun menunjukkan gambar ini kepada teman-teman yang lain di KL. Agak konsisten…hampir semua mengatakan yang sama..muka seorang perempuan.

Kepada para pembaca; sila nilai kan sendiri.

Apakah “ini” sebenar nya? Hantu? Jin? Syaitan? Hantu Kapchai? Hantu Lengchai?

Wallahulam…hanya Allah yang lebih mengetahui…


Tuesday, 5 November 2013

Tok Selampit kata...5 - Mati itu pasti!


Salam...

Alhamdulillah tepat jam 5.30 pagi saya dan anak lelaki saya (Si guni beras..nama timangan nya) sudah berada dipekarangan Masjid Khalid Al Walid - Kementah. Terpanggil untuk berjemaah solat Subuh sempena Maal Hijrah.

Agak memeranjatkan juga apabila melangkah masuk ke ruang solat; ramai jemaah yang sedang menunggu waktu untuk berjemaah terutama brader-brader Angkatan Tentera yang segak beruniform. Jarang waktu subuh sebegini ramai yang hadir..mungkin kerana sambutan Maal Hijrah.

Khamat kedengaran di setiap ruang masjid. Jemaah bergegas bangun memenuhi saf-saf. Saya dan anak saya terkial-kial mencari ruang dengan tangan kanan saya memegang kerusi. Maklum lah, saya memerlukan kerusi untuk solat..kalau di paksa duduk tahyat silap duduk boleh terkeluar kepala lutut yang sebelah kiri. Jadi disebabkan memakai kerusi, terpaksa lah berada di saf belakang..entah apa ke nasib, ada seorang hamba Allah yang secara lembut mempelawa saya dan anak maju ke saf yang paling depan...rezeki Subuh.. 



Sedap bacaan Pak Imam..memejam mata saya menikmati bacaan beliau...lahjah nya sempurna sekali..

Setelah selesai solat; Pak Imam lanjutkan dengan zikir dan doa. Panjang doa yang dibaca oleh beliau kali ini..

Amin...amin..ya rabbal alamin...

Kami mula bergerak keluar dari ruang solat. Setiba di luar saya melihat sekumpulan besar brader-brader tentera tadi sedang berkumpul di ruang solat masjid Khalid Al Walid yang lama yang sememang nya bersebelahan dengan ruang solat masjid yang baru.

Ingin mencari tahu...saya dan anak pun mula bergerak ke kumpulan itu..

Gambar hiasan
Di situ terlihat terbujur nya satu jenazah (mungkin seorang tentera) yang sudah siap di kapan. Terlihat juga 3 orang wanita yang sedang duduk disamping jenazah menitiskan airmata sambil membaca surah Yasin.

Sebak dan pilu juga rasa nya..

Saya sempat sedekah kan Al-Fatihah kepada si mati..semuga beliau di tempat kan dikalangan orang yang soleh...insyallah..

Saya menunggu juga untuk bersama-sama jemaah yang lain untuk menyembahyangkan si mati...tapi setelah di perhatikan; sepertinya mereka masih menunggu keluarga si mati yang lain untuk hadir.

Saya dan anak pun bergerak keluar masjid untuk pulang ke rumah..

Di luar masjid kelihatan sekumpulan besar brader-brader ATM yang baru tiba yang pasti nya dari Kor Ugama.

Alhamdulillah. ..untung rasanya buat si mati...cukup ramai yang hadir untuk menyembahyangkan dan menguruskan beliau. .

Dalam perjalanan pulang sewaktu saya memandu; terfikir sejenak yakni;

Mati tidak mengenal usia
Mati tidak mengenal waktu
Mati tidak mengenal pangkat
Mati tidak mengenal darjat

Yang di bawa si mati hanyalah sebidang kain kapan dan segala amal ibadah nya...

Wallahualam...

***Ingatkan nak pekena roti canai garing dan teh tarik dengan Pak Imam...tak ada rezeki nampak nya... 

Wednesday, 9 October 2013

Benar kah TUHAN itu wujud?

Salam...cerita ini dipetik dari sebuah nukilan oleh seorang hamba Allah yang ingin berkongsi dengan semua khusus nya dengan para saudara sesama Islam.

Ada seorang pemuda yang lama belajar diluar negeri. Dia telah kembali ke tanahair dan sesampainya di rumah dia meminta kepada orang tua nya untuk mencari seorang guru agama (Ustaz) atau siapa saja  yang boleh menjawab 3 pertanyaan darinya.

Akhirnya orang tua pemuda itu membawa seorang Ustaz untuk bertemu dengan anak nya.

Pemuda:(Dengan nada sombong pemuda itu bertanya) Anda siapa? Dan apakah anda boleh menjawab pertanyaan saya?

Ustaz: Saya hanya hamba ALLAH & dengan izin nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda:(Tetap dengan nada sombong) Anda yakin? Sedangkan profesor dan banyak orang bijak pandai tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Ustaz: Dengan izin Allah, saya akan cuba menjawab sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya punya 3 soalan. Yang pertama; kalau memang TUHAN itu ada, tunjukkan wujud TUHAN kepada saya? Kedua; apakah yang dinamakan TAKDIR? Dan yang ketiga: kalau SYAITAN itu diciptakan daripada api, kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan kerana syaitan dan api neraka memiliki unsur yang sama? Apakah TUHAN tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Ustaz tersebut menampar pipi si pemuda.

(sambil menahan sakit) si Pemuda berkata…

Pemuda: Kenapa anda menampar saya? Anda marah kepada saya?

Ustaz: Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya pada 3 soalan yang anda tuju kan kepada saya tadi.

Pemuda: Saya sungguh tidak faham dengan tindakan atau jawapan anda ini!

Ustaz: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu lah saya merasakan sakit!

Ustaz: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda: Ya..saya percaya.

Ustaz: Tunjukan pada saya wujud sakit itu?

Pemuda: Saya tidak mampu membuktikan nya. Mustahil!

Ustaz: Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan keberadaan TUHAN tanpa mampu melihat wujudnya.

Ustaz: Apakah malam tadi anda bermimpi akan di tampar oleh saya?

Pemuda: Tidak

Ustaz: Apakah pernah terpikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak

Ustaz: Itulah yang dinamakan TAKDIR

Ustaz: Tangan yang saya gunakan untuk menampar anda terbuat dari apa?

Pemuda: Kulit

Ustaz: Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit

Ustaz: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit

Ustaz: Walaupun syaitan terbuat dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika TUHAN berkehendak maka neraka akan menjadi tempat menyakitkan bagi syaitan.


Ustaz: MASIHKAH ANDA MERAGUKAN KEHADIRAN DAN WUJUD NYA 'TUHAN'?

Thursday, 5 September 2013

Malaysia oh tanahair ku...

Salam..

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Malaysia oh tanahair ku....

Berpuluh posting tentang seorang lelaki berketurunan India Muslim yang mengamuk di Dataran Merdeka merampas bendera +×÷% dari tangan seorang yang sangat dikenali dan dihormati. 

Setelah dirampas 'bendera' itu; beliau dengan berani nya memberitahu/mengingatkan orang-orang di sekeliling iaitu bendera yang harus dihormati ialah bendera Malaysia yang sudah terpasang indah di tiang bendera sediada. Cukup berani dan sangat patriotik tindakan beliau. Dan beliau wajar dihormati! Tok Selampit tabik 'spring' lah! Teringin untuk bertemu dengan beliau untuk bersalaman dan mengucapkan syabas!

Kalau kita berbalik ke sejarah silam, untuk mencapai kemerdekaan adalah suatu hal
yang bukan enteng. Ramai yang berkorban nyawa, jiwa dan raga dan pengorbanan mereka nampak nya seperti sudah tidak dihargai lagi. Kerana perbezaan fahaman politik; bendera Malaysia dan erti kemerdekaan dikotak-katikkan oleh sesetengah pihak...sedih tapi itulah yang terjadi kalau fahaman politik lebih penting dari segalanya...

Yang aneh nya...orang yang dimaksudkan itu adalah seorang yang sangat berpengaruh dalam bidang penulisan. Beliau juga dikurniakan dengan gelaran Sasterawan Negara! Penulisan beliau dibaca..dipuja oleh anak-anak sekolah. Inikah contoh teladan yang ditunjukkan oleh seorang yang bergelar Sasterawan Negara!? 

Bang Mad...ini dia bendera Malaysia..dah lupa ke..?
Tidak salah untuk kita mempunyai faham politik yang berbeza tapi tidak perlulah sampai kita mempermainkan bendera negara kelahiran sendiri.

Buat Sasterawan Negara yang suatu ketika dulu saya hormati; tolonglah balik ke pangkal jalan. Tak perlu rasa nya untuk memberitahu seluruh dunia yang anda adalah tergolong didalam kumpulan penyokong-penyokkong yang kecewa...

Bagi diri Atok....

"Aku bangga aku anak Malaysia...aku bangga Malaysia negara merdeka...

Dan kalau aku diperlukan untuk mempertahankan kemerdekaan ini; aku sanggup bergadai nyawa...kerana aku sayang kan negara kelahiran ku...


Kerana Malaysia tanah tumpahnya darah ku.."


Wallahualam.